suria

Michelle Williams masih terkenangkan Ledger

Michelle masih tidak dapat melupakan bekas tunangnya, Heath Ledger.
Michelle masih tidak dapat melupakan bekas tunangnya, Heath Ledger.
Michelle masih tidak dapat melupakan bekas tunangnya, Heath Ledger.

AKTRES Amerika Michelle Williams masih tidak dapat melupakan segala kenangan bersama bekas tunangnya, pelakon Australia Heath Ledger meskipun Ledger sudah meninggal 13 bulan yang lalu.

Kedua mereka bertemu di set penggambaran 'Brokeback Mountain' dan kemudiannya mempunyai anak luar nikah bernama Matilda pada tahun 2005, hasil perkongsian hidup bersama.

Namun, tiga tahun kemudian pada tahun 2007, pasangan ini telah berpisah.

Ledger meninggal dunia pada 22 Januari tahun lepas disebabkan pengambilan lebihan dadah di apartmentnya di New York. berita kematian Ledger cukup menyedihkan Williams.

Ledger yang membawa watak 'Joker' dalam filem 'The Dark Night' yang bertanggungjawab memperkenalkan Williams ke dunia lakonan.

Kini, keseorangan bersama Matilda, Williams benar-benar rasa tertekan dan belum bersedia untuk meneruskan hidupnya sebagai pelakon.

"Saya belum bersedia lagi. Saya rasa hidup saya musnah sekelip mata.

"Saya ingin habiskan masa bersendirian tanpa bekerja. Tengoklah kalau saya sudah sedia, saya akan bekerja semula," kata Williams.

Williams juga berkata dia tidak mungkin akan membesarkan Matilda di Los Angeles disebabkan perhatian pihak media.

Aktres yang tidak suka mendapat publisiti itu kini lebih senang tinggal di Brooklyn, New York bersama anaknya yang berusia 3 tahun, jauh dari kesibukan dan hiruk piruk.

"Saya tidak mahu Matilda dikerumuni publisiti hanya disebabkan dia anak kepada seorang selebriti. Saya mahu berikan Matilda pilihan...," kata Williams.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain