Hebat sangatkah 'Slumdog Millionaire'?

Sebilangan penduduk setinggan di Mumbai merasakan amat pedih gelaran 'Anjing setinggan jadi Jutawan' itu digunapakai sebagai tajuk filem.
Sebilangan penduduk setinggan di Mumbai merasakan amat pedih gelaran 'Anjing setinggan jadi Jutawan' itu digunapakai sebagai tajuk filem.
Sebilangan penduduk setinggan di Mumbai merasakan amat pedih gelaran 'Anjing setinggan jadi Jutawan' itu digunapakai sebagai tajuk filem.

APAKAH kehebatan 'Slumdog Millionaire' (SM) sehingga diangkat sebegitu rupa di majlis anugerah dan Oscar? Banyak persoalan akan terjawab seandainya kita mengambil masa menonton filem ini yang semakin banyak diperkatakan dan diistilahkan sebagai kontroversi di kampung halamannya sendiri.

Meskipun membolot lapan Oscar di majlis berprestij Anugerah Akademi ke-81 semalam, penduduk setinggan Mumbai di mana filem ini diinspirasikan masih tersinggung dengan perkataan 'dog' yang digunakan dalam tajuk filem ini.

Sebilangan mereka merasakan amat pedih gelaran 'Anjing setinggan jadi Jutawan' itu digunapakai sebagai tajuk filem. Mungkin pengarah Danny Boyle ingin menyedapkan tajuk cerita dan secara sinis menamakan golongan tidak bernasib baik itu sebagai 'anjing setinggan.'

Jujurnya, memang patut pun penduduk setinggan di Mumbai merajuk, sensitif dan mengheret filem ini, aktor Anil Kapoor, komposer terkenal A.R Rahman dan semua pekerja filem ini ke mahkamah kerana telah menyinggung perasaan kaum setinggan.

Tapi realitinya, apa yang dipaparkan dalam filem ini adalah sebuah kebenaran dan realiti kehidupan masyarakat India yang sanggup menipu saudara sendiri, kawan dan siapa saja untuk hidup.

Filem ini mengisahkan kehidupan dua beradik yatim piatu, Salim dan Jamal Malik juga Lathika yang hidup susah sejak kanak-kanak lagi setelah kematian kedua ibubapa.

Kesusahan yang menghimpit mereka menjadikan mereka tabah, lebih agresif dan tidak berhati perut semakin meningkat dewasa.

Jamal memilih hidup sebagai gangster di bawah Javed. Jamal yang sanggup berbuat apa saja untuk hidup, berbeza pula dengan Salim yang lebih berpijak pada bumi nyata.

Jamal sanggup meniduri Lathika di hadapan Salim dan kemudiannya membuat rundingan pula menjual Lathika sebagai perempuan simpanan Javed walaupun dia tahu, adiknya Salim menaruh hati pada Lathika.

Walaupun terpisah, Salim masih teringatkan Lathika....

Perjalanan hidup Salim, Jamal dan Lathika menjadi lebih menarik apabila ianya digarap sebegitu rupa dan diselang seli dengan soalan program 'Who Wants To Be A Millionaire' yang dihoskan oleh Anil Kapoor di mana pesertanya adalah Salim.

Ketika duit terkumpul mencecah 10,000 ribu rupees, Anil telah menelefon pihak polis untuk menangkap Salim kerana fikirnya Salim telah menipu.

Di sinilah setiap episod sedih yang dilalui oleh Salim dan abangnya terbongkar. Setiap soalan yang ditanya di dalam program itu berkait dengan pengalaman hidup Salim. Sukar untuk dipercayai?

Bagi Salim, tidak perlu menjadi genius untuk menang program itu kerana apa yang terjadi sudah suratan hidupnya.

Garapan setiap adegan dibuat dengan begitu cantik sekali hingga tidak terputus jalan cerita.

Setiap babak terakam kemas dalam kotak minda hingga terbayang hingga kini seperti kisah Salim/Jamal menipu pelancong di Taj Mahal, dikejar fanatik Hindu setelah melihat ibunya dibakar hidup-hidup oleh kaum fanatik ini, kanak-kanak yang dibutakan dan dicungkil matanya agar boleh meminta sedekah sambil menyanyi.

Plot filem ini berkembang dengn cukup menarik apabila setiap isu sosial yang dihadapi oleh kaum setinggan dikupas satu demi satu.

Kanak-kanak dieksploitasikan untuk mencari habuan, polis yang zalim, cuai dan penuh korupsi juga kisah rakyat India yang mendewakan aktor mereka.

Salim, misalnya ketika masih kanak-kanak sanggup memboloskan diri ke lubang najis, apabila tandas tariknya dikunci dari luar, hanya untuk mendapatkan satu autograf Amitabh Bachchan. Adegan ini begitu jijik sekali tetapi kemungkinankah ianya berlaku? Tidak cukup untuk menguatkan kedewaan pelakon mereka. Datang pula Jamal mencuri autograf itu untuk dijual bagi mendapatkan sedikit 'laba'.

Begitu sekali pengamatan pengarah dan penulis skrip filem atau kaca mata orang Barat melihat kesengsaraan hidup masyarakat India.

Setiap unsur penipuan dipaparkan dengan realistik sekali. Begitu juga dengan dakyah halus yang cuba diselitkan seperti adegan Jamal bersembahyang kemudiannya melakukan rompakan - seolah-olah agama kita menghalalkan keganasan dan rompakan yang meragut nyawa manusia tidak berdosa.

Kemungkaran arak dan perempuan dipaparkan seolah-olah 'direstui' oleh agama Islam.

Menonton 'Slumdog Millionaire' akan membuat kita rasa sedih, sayu, insaf dan cemas. Ternyata apa yang cuba disampaikan telah dan akan terus menyentuh banyak hati penghuni setinggan di Mumbai.

Tidak mustahil ramai terguris, tambahan kalau jiwa halus yang sensitif.

Paparan 'the ugly Indians' jelas menyokong hujah ini tapi seperti kebanyakan perkara, hakiki satu kehidupan akan membuat ramai yang berasa hati dan tersentak.

Filem ini dikatakan kontroversi kerana ia menyatakan kebenaran dan seperti yang kita maklum 'the truth hurts'.

Kalau ingin melihat kebenaran dari kaca mata orang barat, jangan lepaskan peluang menonton filem hebat ini.

'Slumdog Millionaire' wajar diangkat menjadi yang terbaik kerana kisah biasa masyarakat setinggan Mumbai menjadi 'luar biasa' di tangan Danny Boyle dan krunya apabila diangkat ke layar perak. Itulah antara kehebatan filem ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain