suria

Tunang Pinto dakwa 'Slumdog Millionaire' musnahkan cintanya dengan Pinto!

Adakah Freida Pinto lupa diri setelah mendapat kejayaan demi kejayaan sehingga bertindak meninggalkan tunangnya?
Adakah Freida Pinto lupa diri setelah mendapat kejayaan demi kejayaan sehingga bertindak meninggalkan tunangnya?
Adakah Freida Pinto lupa diri setelah mendapat kejayaan demi kejayaan sehingga bertindak meninggalkan tunangnya?

Lagi kisah kontroversi di sebalik kehebatan filem 'Slumdog Millionaire' yang baru saja memenangi kategori 'Adaptasi Terbaik' di Majlis Oskar hari.

Rohan Antao, bekas tunang Freida Pinto, bintang baru yang diperkenalkan di dalam 'Slumdog Millionaire' menyalahkan hero filem Dev Patel dan filem itu kerana memutuskan hubungannya dengan Pinto.

Menurut Antao, Pinto bukan saja tidak mahu orang lain tahu tentang hubungan mereka malah telah meminggirkannya semata-mata untuk bersama kekasihnya di layar perak, Patel.

Kata Antao yang berusia 24 tahun, bekas tunangannya memutuskan untuk berpisah dengannya ketika promosi filem itu.

"Dia putuskan perhubungan kami semata-mata untuk bersama Patel, yang 6 tahun lebih muda darinya. Sekarang di mana-mana saja saya pergi, saya lihat gambar mereka berdua. Saya betul-betul sedih," Antao lagi.

"Saya benci filem ini. Ianya telah memusnahkan perhubungan saya. Sebaik saja dia berjaya, dia menghabiskan masa dengan Patel dan minta berpisah," kata Antao.

Katanya lagi,"Dia yang membuat keputusan untuk tidak bersama saya lagi. Dia hanya mahu kami berkawan saja.

"Tapi bagaimana saya hendak lakukannya sedangkan dia hancurkan harapan saya dalam cinta?

"Nampak sangat dia sedang dirasuk cinta dengan Dev. Saya tidak tahu samada mereka ada hubungan seks tapi kalau saya berdepan dengan Patel, tahulah apa yang saya akan cakapkan padanya.

"Ini adalah fasa yang paling sukar bagi saya. Saya tidak mahu melepaskannya tapi saya terpaksa. Filem ini telah memusnahkan cinta saya," kata Antao.

Artikel Lain