suria

Si licik Chris Brown guna khidmat 'spin doctor' Paris Hilton selesai masalah

Brown yang dibebaskan setelah diikat jamin, kini terpaksa memikirkan cara untuk melepaskan dirinya dari kemelut yang sedang dihadapi.

PANDAI buat, pandailah tanggung. Agaknya itulah tekanan emosi yang sedang dirasakan oleh penyanyi rap Chris Brown setelah episod membelasah kekasihnya Rihanna tempoh hari.

Rihanna yang cedera teruk telah diberi rawatan di hospital dan pihak polis telah membuat penyiasatan kes yang diklasifikasikan sebagai 'keganasan rumahtangga.'

Brown yang dibebaskan setelah diikat jamin, kini terpaksa memikirkan cara untuk melepaskan dirinya dari kemelut yang sedang dihadapi.

Licik juga 'rapper' berusia 19 tahun ini kerana telah mendapatkan khidmat Mike Sitrick, yang dulunya 'spin doctor' Paris Hilton bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.

Namun, pilihan Brown ini memberi peluang masyarakat membuat spekulasi yang semua ini adalah idea Paris Hilton sendiri.

Malah, cakap-cakap sumbang mula tersebar kononnya, wanita misteri yang menghantar teks mesej tempohari kepada Brown sehingga tercetus pergaduhan angkara Rihanna cemburu, adalah datangnya dari Hilton.

Walaupun Brown belum didapati bersalah atas kesalahan yang dilakukan ke atas Rihanna, ramai teman selebriti sudah mula menyisih diri dari beliau.

Bukan setakat kawan artis, peminat Rihanna dan juga radio stesen sudah mula menunjukkan protes dan memulaukan Brown atas sikapnya yang kasar dan biadap itu. Rihanna masih dalam persembunyian dan diam seribu bahasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain