suria

Pereka fesyen nafi Angelina mengandung

Oleh kerana Jolie akan ke lokasi pengambaran "Edwin A. Salt" tidak lama lagi, maka dia ingin mendapatkan kediaman yang berdekatan dengan set.
Oleh kerana Jolie akan ke lokasi pengambaran
Oleh kerana Jolie akan ke lokasi pengambaran "Edwin A. Salt" tidak lama lagi, maka dia ingin mendapatkan kediaman yang berdekatan dengan set.

WALAUPUN gosip bertiup kencang tentang aktres seksi Angelina Jolie kononnya sedang berbadan dua, berita itu disanggah oleh pereka fesyennya.

Pereka fesyen Jolie, Reem Acra menafi sekeras-kerasnya yang pelanggan VIPnya itu sedang mengandung.

Acra berkata dia baru saja membuat rekaan sepasang baju untuk buah hati Brad Pitt itu dan tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan dia mengandung.

"Saya telah membuat sehelai baju berwarna hitam untuk Jolie. Dia mahu memakai baju itu untuk satu majlis di Jepun," kata Acra.

"Tidak pula ada sebarang perubahan dibuat untuk wanita mengandung," katanya.

Dalam perkembangan ini, Jolie dilihat berpakaian pejabat dan mencari-cari apartment di New York Upper West Side.

Jolie dan Pitt sudah mempunyai sebuah banglo mewah di Long Island tetapi bercadang berpindah ke bandar New York.

Oleh kerana Jolie akan ke lokasi pengambaran "Edwin A. Salt" tidak lama lagi, maka dia ingin mendapatkan kediaman yang berdekatan dengan set.

Artikel Lain