suria

Hewitt lebih gembira setelah putus tunang

Jennifer bertambah gembira setelah bergelar solo kembali.
Jennifer bertambah gembira setelah bergelar solo kembali.
Jennifer bertambah gembira setelah bergelar solo kembali.

MENJADI solo semula adalah sesuatu yang menggembirakan aktres Hollwyood Jennifer Love Hewitt.

Setelah berpisah secara rasmi dengan tunangnya, Ross McCall, Hewitt tampak begitu gembira meraikan Hari Valentine bersama teman wanitanya.

Apa saja spekulasi yang mengatakan Hewitt akan kembali semula kepada McCall nampaknya tidak benar. Ternyata aktres yang mempunyai personaliti menarik begitu menghargai kehidupan solonya sekarang.

Malah, teman rapat Hewitt berkata, aktres itu tidak mungkin akan balik kepada McCall kerana dia sungguh gembira sekali.

Ketika sambutan Valentine, Hewitt telah membuat 'toast' kerana sudah menjadi solo semula.

"Ini adalah untuk kehidupan solo...Cintaku hanya untuk fesyen sekarang," kata Hewitt semasa membuat 'toast' itu.

Hewitt juga sibuk merakamkan gambar-gambar model lelaki di persembahan Nicholas K.

Artikel Lain