suria

Filem epik 'Pahlawan Mat Kilau' berkos RM10 juta dilancarkan

Ketangkasan aktor Shaharuddin Thamby bermaind engan senjata menjadikan beliau calon paling sesuai untuk jadi 'Pahlawan Mat Kilau'
Ketangkasan aktor Shaharuddin Thamby bermaind engan senjata menjadikan beliau calon paling sesuai untuk jadi 'Pahlawan Mat Kilau'
Ketangkasan aktor Shaharuddin Thamby bermaind engan senjata menjadikan beliau calon paling sesuai untuk jadi 'Pahlawan Mat Kilau'

INDUSTRI perfileman disyorkan supaya menghasilkan filem yang bermutu dan kos efektif dengan meningkatkan kreativiti, kemahiran dan kecekapan sesuatu produksi.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Shafie Apdal berkata pembuat filem mestilah lebih teliti dalam perbelanjaan dan salah satu cara yang boleh dilakukan ialah mengurangkan masa penggambaran sesuatu filem.

"Kita cuba usaha ke arah menjadikan filem-filem kita boleh mendapatkan pinjaman bank dan untuk itu kita mesti tingkatkan kreativiti, kemahiran dan kecekapan dalam sesuatu produksi," katanya selepas melancarkan filem epik "Pahlawan Mat Kilau" di sini, semalam.

"Walaupun dengan kos minimum, saya percaya dengan kreativiti yang ada pada pengusaha filem kita, kita boleh menghasilkan filem yang menarik minat orang ramai untuk menontonnya berkali-kali," katanya.

Sementara itu, pengarah dan penerbit filem Rodzee A. Razak berkata filem epik berkos RM10 juta itu akan memulakan penggambaran pada awal April dan dijangka selesai pada September tahun ini.

"Filem ini akan memaparkan lima peperangan besar yang melibatkan beratus-ratus pelakon, diadun dengan letupan-letupan "pyrotechnic", adegan aksi ngeri dan berpuluh koreografi persilatan serta akan menggunakan teknologi grafik tiga dimensi dan visual janaan komputer (CGI)," katanya.

Antara pelakon yang akan membintangi filem itu ialah Shaharuddin Thamby dan Serina Redzuan.BERNAMA

Artikel Lain