suria

Filem baru Jackie Chan terlalu ganas untuk tayangan di China

Taruhan terbaru Jackie Chan itu diterbitkan dengan ongkos sebanyak 17 juta pound, memaparkan adegan yang terlalu ganas, sadis termasuk satu karektor yang dipotong tangannya dan ditikam dengan pisau bertubi-tubi.

PEMINAT-PEMINAT setia Jackie Chan tidak akan dapat menyaksikan filem terbaru idola mereka di China kerana menurut pengarah filem itu, Derek Yee "filem itu terlalu ganas untuk ditayangkan di China."

Filem berbahasa Cina yang bertajuk "Shinjuku Incident' mengisahkan tentang Chan, seorang pelarian yang berjaya melepaskan diri ke Jepun dan terbabit dalam kancah geng samseng di sana.

Taruhan terbaru Jackie Chan itu diterbitkan dengan kos sebanyak 17 juta paun, memaparkan adegan yang terlalu ganas, sadis termasuk satu karektor yang dipotong tangannya dan ditikam dengan pisau bertubi-tubi.

Walaubagaimanapun Yee berkata, pihak Lembaga Penapis Filem di China tidak ada masalah melepaskan filem ini untuk tayangan.

Namun, dia khuatir adegan ganas itu terlalu drastik dan akan mengejutkan penonton tempatan jika ditayangkan di sebuah negara yang tidak ada had umur bagi penonton.

"Kami telah cuba memotong adegan ganas tersebut untuk memuaskan pihak tertentu bagi pasaran di China. Namun produser yang menontonnya pula berkata filem itu seolah-olah tidak lengkap tanpa adegan-adegan tersebut.

"Masalahnya hanya isu ganas saja," Yee yang mengaku Chan sendiri sependapat dengannya.

Chan antara yang mengeluarkan kewangan untuk menampung kos penerbitan filem ini.

'Shinjuku Incident" akan diedarkan di negeri kediaman Chan di Hong Kong, Asia Tenggara dan di Jepun pada bulan Mei ini.

Artikel Lain