suria

Salma-Pinault akhirnya berkahwin jua

Salma Hayek akhirnya berkahwin jua dengan Pinault.
Salma Hayek akhirnya berkahwin jua dengan Pinault.
Salma Hayek akhirnya berkahwin jua dengan Pinault.

AKTRES jelita Mexico Salma Hayek memilih Hari Valentine baru-baru ini untuk menamatkan semua spekulasi tentang kisah cintanya dengan jutawan Perancis, Francois-Henri Pinault dalam satu majlis civil bertempat di City Hall, Paris' Chic 6th arrondissement.

Majlis itu diadakan secara kecil-kecilan tapi tetap eksklusif. Ramai tidak menjangka yang Hayek akan memilih Pinault kerana kedua mereka selalu bergaduh dan pernah berpisah sebelum ini.

Pinault, 46, adalah ketua eksekutif Perancis bagi kumpulan grup PPR SA, yang memilikki jenama mewah seperti Gucci, Yves Saint Laurent, Balenciaga dan Puma.

Kedua mereka bertemu di Itali pada tahun 2006, mengikat tali pertunangan dan mempunyai anak luar nikah Valentina Paloma, pada bulan September 2007.

Namun pada tahun lepas, pasangan ini telah memutuskan tali pertunangan tapi berbaik semula beberapa bulan kemudian.

Hayek, 42, pernah mendapat pencalonan Oskar dalam tahun 2003 untuk watak dalam filem "Frida," sebuah biografi pelukis terkenal Frida Kahlo, di mana dilakonkan dan diterbitkan oleh Hayek sendiri.

Beliau juga adalah produser eksekutif bagi siri hit "Ugly Betty" dan ketua eksekutif Ventanazul, syarikat produksi yang ditubuhkan bersama Metro-Goldwyn-Mayer Inc.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain