suria

Keira Knightley bintang 'My Fair Lady' versi baru

Aktres jelita Keira Knightley merupakan pilihan pertama Daldry untuk membawa watak bintang utama Eliza Doolittle.

SIAPAKAH yang lebih layak mengisi 'kekosongan' aktres lagenda Audrey Hepburn?

Kalau ditanya kepada pengarah yang pernah mendapat pencalonan Oskar Stephen Daldry, hanya seorang saja yang dapat memenuhi kriteria yang dia inginkan untuk menerbit semula filem 'My Fair Lady' versi baru.

Aktres jelita Keira Knightley merupakan pilihan pertama Daldry untuk membawa watak bintang utama Eliza Doolittle dan khabarnya, Knightley juga sudah mula mengambil kelas menyanyi.

Sebuah akhbar online melaporkan bahawa, Daldry berkata 'Ramai orang tertipu bertahun-tahun lamanya kerana menganggap filem yang diterbitkan pada tahun 1964 "My Fair Lady" adalah sebuah filem yang hebat.

"Semuanya adalah bergantung kepada set dan wardrobe. Juga dibantu oleh lagu-lagu yang menarik.

"Ianya adalah sebuah 'masterpiece' visual. Ia sepatutnya jadi lebih dari itu. Filem itu terlalu membosankan."

Pengambaran filem 'My Fair Lady' versi baru akan bermula di Central London.

Daldry kini sedang dalam proses perbincangan untuk membuat semula filem itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain