suria

Katrina 'rampas' mahkota Duta Pantene dari Sushmita

Dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh Katrina Kaif telah berjaya mengambil hati ramai peminatnya. Walaupun pada mulanya dia tidak berapa fasih berbahasa Hindi tapi disebabkan kegigihannya, gadis kacukan ini berjaya juga.

Kini wajah jelita Katrina antara yang diburu untuk menjadi duta produk.

Malah karier Katrina dilaporkan bertambah cemerlang sejak akhir-akhir ini. Dan Katrina sememangnya ingin membuktikan yang dia benar-benar serius dalam bidang lakonan apabila sanggup mengambil watak yang tidak berapa glamor dalam filem terbaru Prakash Jha bertajuk 'Rajniti'.

Prakash Jha sendiri kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan Katrina untuk menghayati watak dalam filem ini.

"Lakonan Katrina akan membuat ramai orang terkejut," jelas Prakash.

Dan khabar yang terbaru, Katrina sudah merampas takhta duta 'Pantene' dari bekas Ratu Universe dan aktres Sushmita Sen. Bukan itu saja, Katrina juga telah mengambilalih menjadi duta berlian yang dulunya dipegang oleh seorang ratu juga.

Mungkin ramai aktres yang akan mencemburui Katrina tapi kenyataannya, Katrina memang layak mendapat semua keistimewaan ini kerana dia bekerja keras.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aditya: Kecelaruan hala tuju!

Artikel Lain