suria

Anne menyamar jadi lelaki?

Aktres Anne Hathaway sanggup jadi lelaki untuk satu produksi Shakespeare "Twelfth Night' di mana pementasannya diadakan di tempat terbuka.
Aktres Anne Hathaway sanggup jadi lelaki untuk satu produksi Shakespeare
Aktres Anne Hathaway sanggup jadi lelaki untuk satu produksi Shakespeare "Twelfth Night' di mana pementasannya diadakan di tempat terbuka.

AKTRES Anne Hathaway sanggup jadi lelaki untuk satu produksi Shakespeare 'Twelfth Night' di mana pementasannya diadakan di tempat terbuka.

Bintang 'Princess Diaries' akan membawa watak Viola, yang menghabiskan banyak masa menyamar sebagai seorang lelaki.

Aktres yang bermulut lebar ini akan membuat persembahan ini pada 9 Jun dan akan dipentaskan selama sebulan di Central Park's Delacorte Theater, New York.

Tapi ini bukanlah pementasan pertama Anne. Kali terakhir beliau pernah melibatkan diri dalam satu pementasan New York pada 2002 dalam satu konsert muzikal 'Carnival'.

Tapi yang menariknya, isteri William Shakespeare juga bernama Anne Hathaway.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aditya: Kecelaruan hala tuju!

Artikel Lain