suria

Resepsi ‘bali dalam taman’ Linda-Que

Wajah ceria pasangan pengantin baru, Linda Jasmine Hashim dan Que Haidar. foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Wajah ceria pasangan pengantin baru, Linda Jasmine Hashim dan Que Haidar. foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Wajah ceria pasangan pengantin baru, Linda Jasmine Hashim dan Que Haidar. foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

[SEMASA] AMPANG: Tiga jam sejurus dinikahkan, pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Hiadar atau Que Haidar, 30, dan koreografer Linda Jasmine Hashim, 37, disandingkan dalam satu majlis resepsi berkonsepkan ‘bali dalam taman’.

Linda yang anggun mengenakan gaun rekaan Syaiful Bahrim manakala Que segak dalam sut rekaan Lord’s Tailor tiba di Bora Ombak, di sini, kira-kira pukul 8.45 malam tadi.

Majlis dimulakan dengan paluan kompang dan seterusnya dibuka dengan persembahan tarian ‘Raikan Kasih’ daripada Ala Dancers.

Kemudian, berkumandang persembahan nyanyian daripada anak didik Linda daripada Akademi Fantasia iaitu Amylea, Farhan, dan Riz. Turut menyanyi adalah Jebat dan Zila.

Walaupun sedikit panas, namun majlis yang menggunakan sepenuhnya kawasan luar dan dalam restoran itu berlangsung dalam keadaan baik dan menimbulkan suasana yang romantik apabila disuluhi oleh cahaya suram daripada lampu neon dibantu dengan cahaya lilin.

Dengan pelamin indah bersama banyak kuntuman bunga ros kertas berwarna putih serta beberapa ekor rama-rama hiasan yang direka oleh penyanyi Jeslina Hashim dan dibantu oleh pihak Bora Ombak sendiri, 400 orang tetamu yang hadir turut menyaksikan pasangan ini melangsungkan upacara menepung tawar.

Mereka adalah keluarga kedua belah pengantin, rakan taulan termasuk selebriti.

Antara selebriti yang hadir adalah Linda Onn, Dafi AF5, Awal Ashaari, Shasha Bashir, Ramli MS, Lufya AF6, Pamela Chong, dan Fatimah Abu Bakar.

Beberapa jam selepas itu, upacara memotong kek tujuh tingkat daripada The Blooming Cake merupakan upacara terakhir sebelum Que dan Linda memberikan ucapan.

Pasangan yang mengenakan busana pengantin rekaan Calvin Thoo untuk upacara tersebut sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu yang hadir serta pihak yang membantu menjayakan majlis tersebut.

“Terima kasih, kepada semua yang menjayakan majlis ini yang banyak sangat jika kami ingin sebut satu-persatu dan sayangku..I love you,” ucap Que yang selepas itu melirik dan tersenyum kepada Linda.

Linda membisik kepada Que: “I love you too.”

“Ramai orang yang saya perlu sebutkan. Jadi, terima kasih kepada semua,” kata Linda yang sejurut selepas itu turut menuturkan perkataan I love you dengan penuh romantis kepada Que.

Antara pihak yang turut memberikan sumbangan kepada majlis perkahwinan Linda dan Que adalah Jakel, Habib Jewels, Jeslina Hashim selaku perunding perkahwinan daripada Polkadotted Creative Solution.

Terdahulu, kira-kira pukul 5.45 petang tadi, Que sah bergelar suami Linda dengan dua kali lafaz selepas dinikahkan oleh jurunikah masjid kawasan Ampang Abu Sapian Jasin berwalikan bapa Linda Datuk Murad Hashim.

Que memberikan hantaran berupa mas kahwin sebanyak RM1101, sebentuk cincin dan senaskah al-Quran kepada Linda.

Sementara linda cantik seperti 'ratu' dalam busana putih rekaan Datin Sharifah Kirana membalas dengan sebentuk cincin.

Majlis resepsi pihak pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Mac depan di dewan orang ramai Felda Taib Andak, Kulai, Johor dengan tema diraja.

Artikel Sebelum

Orang tua Que-Linda sepakat

Artikel Berikut

Aditya: Kecelaruan hala tuju!

Artikel Lain