suria

Majlis tahlil Sudirman 19 Februari

Majlis tahlil sempena memperingati Allahyarham Sudirman Hj Arshad akan diadakan pada hari Khamis 19 Februari, bertempat di Restoran Puteri Sg Penchala.
Majlis tahlil sempena memperingati Allahyarham Sudirman Hj Arshad akan diadakan pada hari Khamis 19 Februari, bertempat di Restoran Puteri Sg Penchala.
Majlis tahlil sempena memperingati Allahyarham Sudirman Hj Arshad akan diadakan pada hari Khamis 19 Februari, bertempat di Restoran Puteri Sg Penchala.

SABAN tahun, pada bulan Februari sekitar tanggal 22 Februari (tarikh pemergian Allahyarham Sudirman Hj Arshad), famili dan rakan seperjuangan tidak pernah lupa mengadakan kenduri tahlil.

Bukan sekadar sedekahkan Fatihah mahupun bacaan Yaasin tapi majlis tahlil yang diadakan setahun sekali itu turut mempertemukan rakan-rakan lama Sudirman.

Pada tahun ini, majlis tahlil sempena memperingati Allahyarham Sudirman Hj Arshad akan diadakan pada hari Khamis 19 Februari, bertempat di Restoran Puteri Sg Penchala.

Lebih 100 orang dijangka akan hadir termasuk lebih kurang 50 selebriti. Antara mereka ialah Hattan, Nurul, Farah Asyikin, Noor Kumalasari, Datuk Siti Nurhaliza dan Anita Sarawak.

Majlis yang dianjurkan bersama Kosmetik Leesa Formula dan Suria FM itu akan bermula pada jam 6.30 petang dengan dimulakan dengan solat Maghrib, bacaan Yaasin dan solat Isyak.

Antara tetamu yang akan turut hadir ialah anak saudara arwah, Atai dan ahli keluarganya termasuk individu yang pernah kenal rapat dengan Allahyarham seperti penulis lirik veteran, Habsah Hassan dan bekas wartawan Utusan Malaysia Bahyah Mahmood (BAM).

Sudirman dilahirkan pada 25 Mei, 1955 di Temerloh, Pahang. Pemergian seniman dalam usia semuda 37 pada tarikh 1992 banyak mencoretkan memori indah di benak rakan dan keluarga tersayang.

Bekas Bintang RTM 1976 ini juga pernah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia dan sering digelar 'the singing lawyer.'

Hingga kini masih belum ada penyanyi mahupun penghibur Malaysia yang mampu menyaingi kehebatan Allahyarham yang mengukir nama sebagai penulis, kartunis, pelakon dan usahawan. Datuk Siti pernah membuat konsert tribute kepada Sudirman di Istana Budaya beberapa tahun lalu.

Kuiz 'Teka Suara Siapa' di Suria

2009 menyaksikan Suria FM terus mengatur strategi untuk meningkatkan lagi jumlah pendengar selain lebih dekat dengan khalayak pendengarnya.

Bermula dengan penukaran tagline baru, 'Muzik Terbaik Tanpa Henti'. sesi 'Road Tour Lelong Amal' dan terbaru, kuiz 'Teka Suara Siapa di Suria' yang bakal bermula 16 Februari hingga 15 Mac ini bermula 8 pagi hingga 8 malam.

Konsep kuiz ini cukup mudah yang mana setiap perkataan Muzik Terbaik Tanpa Henti akan disebut oleh empat personaliti yang berbeza (terdiri daripada penyanyi solo dan berkumpulan), pelakon, pengarah, ahli sukan atau tokoh-tokoh terkenal.

Tanpa mengira siapakah yang menyebut personaliti itu tersenarai dalam jawapan yang diberikan maka pendengar akan memenangi wang tunai sebanyak RM1,000 untuk setiap nama yang betul yang disebut buat pertama kalinya.

Jika kesemua personaliti dapat dijawab dengan tepat, pendengar akan memenangi wang tunai terkumpul berjumlah sehingga RM50,000.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari www.suriafm.com.my.

Sesi 'Road Tour Lelong Amal Suria FM'

Tampil dengan konsep berbeza, dengan memenuhi tanggungjawab sosial disamping elemen menghiburkan yang mana selain persembahan artis, pengunjung juga boleh beramal dengan membeli barangan peribadi artis yang akan dilelong.

Objektif utama adalah untuk menimbulkan kesedaran, banyak lagi pihak yang kurang bernasib baik da memerlukan keprihatinan dan sebagai 'role model', barisan selebriti pastinya menjadi cermin kepada peminat-peminat mereka.

Selain itu, ia merupakan salah satu bentuk publisiti positif untuk terus meningkatkan jumlah pendengar Suria FM.

'Road tour lelong amal' kali ini bakal menyaksikan crew Suria FM akan menjelajah kesembilan lokasi di Semenanjung Malaysia.

Lokasi seterusnya pada 28 Februari (Sabtu) bermula 4 petang di Mydin Kuala Terengganu dan 1 Mac (Ahad) bermula 2 petang di Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang dengan barisan artis popular seperti Bandi Amuk, Mus May dan ramai lagi.

Seterusnya pada 28 mac (Sabtu) di Village Mall Sungai Petani, bermula 4 petang dan 29 Mac (Ahad) di Taiping Central bermula 3 petang.

Hasil lelongan akan diserahkan kepada Pusat Perlindungan Pernim (anak-anak HIV positif).

Artikel Sebelum

Artikel Lain