suria

Sifat dermawan Preity harus jadi contoh

Duta produk 'The Greenathon'ini berjaya mengajak kawan-kawan selebriti lain untuk bersamanya berkempen untuk mendapatkan bekalan tenaga letrik bagi kawasan-kawasan terpencil di india.

BUKAN sekadar omong kosong atau melakonkan watak seorang prihatin dalam filem, tapi bintang-bintang Bollywood sebenarnya banyak menderma dan menolong orang susah.

Bagi aktres Preity Zinta yang memilikki sifat dermawan ini, sedang giat melakukan kerja-kerja amal sejak kebelakangan ini.

Preity, yang juga duta produk 'The Greenathon' ini, cara yang paling baik untuk menjayakan aktiviti amal ialah dengan mengajak kawan-kawan selebriti lain untuk bersamanya berkempen untuk mendapatkan bekalan tenaga letrik bagi kawasan-kawasan terpencil di india.

Kempen bagi mendapatkan dana di bawah projek yang diberi nama "TERI's Light a Billion Lives" cuba mendapatkan kuasa solar kepada penduduk kampung yang berada dalam kegelapan di seluruh India.

Kampung-kampung ini berada dalam kegelapan sejak bertahun-tahun lamanya.

TERI ialah organisasi polisi yang membuat penyelidikan dan bukan bersifat membuat keuntungan dalam bidang saintifik, tenaga, alam sekitar dan keseluruhannya.

Antara selebriti yang memberikan kesudian untuk bersama-sama Preity menjayakan projek ini ialah Shilpa Shetty, Akshay Kumar dan Shah Rukh Khan. Kesemua mereka telah bersetuju untuk mengambil beberapa kampung sebagai 'anak angkat' dalam anggaran RM3 ribu lebih setiap perkampungan bagi setiap kali kempen.

Shah Rukh dan Shilpa Shetty, masing-masing mengambil lima buah perkampungan sebagai anak angkat. Preity pula mengambil satu dan ibunya juga mengambil satu.

Alangkah baiknya kalau artis-artis tempatan dapat mencontohi sikap yang mulia ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain