suria

Sienna Miller dipilih jadi Ikon Stail Elle

Miller dinobatkan dalam kategori 'Elle Style Icon Award" - anugerah ikon stail Elle atas kriteria keunikan cara dia berfesyen.
Miller dinobatkan dalam kategori 'Elle Style Icon Award
Miller dinobatkan dalam kategori 'Elle Style Icon Award" - anugerah ikon stail Elle atas kriteria keunikan cara dia berfesyen.

STAIL dan gayanya berfesyen sering diberi perhatian dan mencuri perhatian rakan-rakan selebriti yang lain.

Jadi, bila aktres berbangsa Inggeris Sienna Miller dipilih memenangi anugerah "Elle Style Awards" di sebuah acara gilang gemilang anjuran Elle baru-baru ini, semua orang bagaikan memberi restu.

Miller juga turut dinobatkan dalam kategori 'Elle Style Icon Award" - anugerah ikon stail Elle.

Miller telah diberikan anugerah itu atas kriteria keunikan cara dia berfesyen di sebuah acara majlis Big Sky London studio.

Di acara itu juga, filem "Slumdog Millionaire" telah terpilih sekali lagis ebagai pemenang di mana Freida Pinto dipilih sebagai aktres terbaik dan Mickey Rourke sebagai aktor terbaik.

Pengacara TV, Alexa Chung, yang juga mengacarakan majlis itu, terlah dipilih sebagai Pengacara Tv terbaik dan Joanna Page pula mendapat Siri TV Terbaik bagi pihak keseluruhan kru Gavin dan Stacey.

Kings Of Leon pula mendapat anugerah Muzik Terbaik via pautan video dan editor Elle, Lorraine Candy telah memeranjatkan ramai orang apabila memilih Courtney Love sebagai 'Wanita Tahun Ini.'

Sementara itu, aktres dari filem “Factory Girl” ini menunjukkan kehebatannya bergaya apabila muncul menerima anugerah 'Ikon" itu dengan memakai baju blazer berwarna hitam berbulu di kolar dan skirt mini warna kelabu dan sepasang stokin hitam dan kasut tumit tinggi hitam.

Miller yang diberitakan akan memegang watak 'Maid Marian' dalam filem Ridley Scott - “Nottingham” film kemungkinan akan menolak watak itu dan memberi laluan untuk Cate Blanchett.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain