suria

Mallika kempunan berlakon dalam filem 'Forbidden'

Mallika sepatutnya membawa watak utama iaitu seorang wanita yang seksi dan ghairah, yang cuba menggoda anak tirinya.

PUNAH harapan aktres Mallika Sherawat untuk berlakon dalam watak baru bagi filem 'Forbidden.'

Filem erotik thriller yang diuar-uarkan akan diterbitkan oleh Ratan Jain terpaksa ditangguh pembikinannya.

Ini adalah kerana berlaku ketidaksefahaman antara pengarah dan penerbit tentang 'kelarisan' filem ini nanti.

Mallika sepatutnya membawa watak utama iaitu seorang wanita yang seksi dan ghairah, yang cuba menggoda anak tirinya.

Selain Mallika, bintang Bollywood lain yang telah ditawarkan untuk filem ini ialah Tusshar Kapoor dan Aditya Seal.

Menurut sumber terdekat Ratan Jain, penerbit itu tidak begitu yakin filem ini akan mendapat sambutan memandangkan jalan ceritanya yang terlalu berani dan penonton di India belum bersedia menerima filem jenis begini.

Oleh kerana sebab-sebab ini, filem 'Forbidden' ditangguh sekaligus melenyapkan impian Mallika untuk beraksi dalam filem berupa provokasi ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain