Rihanna batal sambutan hari lahir, Brown disiasat polis - Hiburan | mStar

Rihanna batal sambutan hari lahir, Brown disiasat polis

Rihanna membatalkan semua persembahannya kerana dipukul teruk oleh Brown di Los Angeles
Rihanna membatalkan semua persembahannya kerana dipukul teruk oleh Brown di Los Angeles

[SEMASA] PENYANYI superstar Rihanna yang menangguhkan konsertnya di sini dikhabarkan turut membatalkan sambutan hari ulangtahunnya ke 21, yang dijadualkan berlangsung pada 20 Februari. Ini adalah kerana beliau masih dalam ketakutan dan menyembunyikan diri dari teman lelakinya, Chris Brown.

Rihanna berada dalam persembunyian kini dan tidak mahu dijejak oleh Brown, yang juga seorang penyanyi kerana takut dicederakan lagi.

Perancangan awal, sambutan hari ulang tahun sepatutnya dibuat secara besar-besaran di Gotham Hall, New York dan lebih 200 jemputan telahpun dipastikan untuk diundang. Namun disebabkan insiden dibelasah teruk oleh Brown, Rihanna batalkan semuanya.

Sebelum ini, penyanyi yang dipanggil 'Ri-Ri' oleh teman-teman rapat itu telah membatalkan semua persembahannya kerana dipukul teruk oleh Brown di Los Angeles.

Menurut sumber polis, kecederaan ke atas Rihana amat teruk hingga memerlukan plastik surgeri.

Rihanna diberitakan cedera parah kerana dibelasah teruk mengakibatkan mukanya bengkak, hidung berdarah dan bibir pecah selain bekas gigitan di lengan dan tangan.

Brown telah melarikan diri setelah insiden itu tetapi telah menyerah diri kepada polis 13 jam kemudian.

Skandal Rihanna-Brown mendapat liputan meluas apabila Rihanna dilaporkan menarik diri di saat akhir dari konsert 'Rihanna Live In Kuala Lumpur' sementara Brown juga tidak hadir untuk acara NBA All-Star. Brown dijadualkan mengambil bahagian dalam permainan selebriti basketball.

Konsert Rihanna di Malaysia ialah sebahagian dari tour "Good Girl Gone Bad"nya.

Rihanna, yang nama sebenarnya Robyn Fenty, telah memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk membuat penyiasatan terhadap Brown.

Sumber memberitahu, dalam aduan Rihanna kepada pihak polis, Brown telah mencederakannya sebaik selesai parti Clive Davis' Pre-Grammy.

Pergaduhan yang berlaku antara kedua mereka mengakibatkan beberapa tempat di badannya, lebam dan luka yang teruk.

Rihanna juga mendapat gegaran yang teruk di kepalanya, bengkak muka, bekas gigitan dan pendarah hidung.

Brown mempunyai sejarah penderaan dalam keluarganya. Pada akhir tahun 2007, Brown pernah membuat pendedahan di dalam program "Tyra Banks Show" di mana beliau berkata pernah menyaksikan bagaimana ibunya didera secara fizikal.

"Saya tidak akan membuat wanita begitu. Apa yang saya lihat benar-benar mengubah sikap saya terhadap wanita," kata Brown dalam episod itu.

Rihanna dijadualkan pulang ke pangkuan keluarganya di Barbados sementara Brown pula kelihatan dalam satu kumpulan menaiki jet peribadi ke Van Nuys, California.

Artikel Sebelum

Raja Bahrin restu cinta Syarul-Shahirah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel