Rima Sen kemaruk barang berjenama - Hiburan | mStar

Rima Sen kemaruk barang berjenama

Rima mengaku yang dia tidak berapa gemar membeli belah untuk keluarga atau kawan-kawannya.
Rima mengaku yang dia tidak berapa gemar membeli belah untuk keluarga atau kawan-kawannya.

Aktres Bollywood Rima Sen langsung tidak ambil pusing tentang apa masyarakat anggapan tentang cara dia berpakaian, asalkan dia sendiri mendapat kepuasan.

"Saya tidak suka meniru stail orang lain atau apa saja trend yang ada. Saya suka mencipta stail saya sendiri," jelas Rima.

Rima yang juga kemaruk dengan barang berjenama mengaku yang dia agak cerewet apabila memilih sesuatu barang.

'Tidak semestinya ia berjenama saya terus suka. Selalunya saya mencipta stail saya sendiri dan akan memilih secara rambang.

"Saya akan memilih hanya beberapa item saja tapi yang penting ia mesti barang berjenama seperti Mango, DKNY dan D&G. Semua ini adalah jenama kesukaan saya."

Juga, Rima mengaku yang dia tidak berapa gemar membeli belah untuk keluarga atau kawan-kawannya. Beliau lebih senang membeli belah untuk dirinya sendiri dan selalunya di luar negara. "Selalunya saya membeli belah di luar negara. Saya hanya beli barang untuk diri sendiri.

"Saya tidak suka membeli untuk orang lain. Jenama Versace ialah kegemaran saya. Malangnya tidak ada satu jenamapun yang saya suka di India," jelas aktres jelita yang juga model ini.

Ditanya apakah warna kegemarannya, Rima menjawab, "Hitam...ianya menawan. Ada satu jaket yang cukup saya suka dan saya sering memakainya. Kedua-duanya saya suka. Saya paling suka pakaian modern dari Barat bandingkan dengan pakaian India. Ianya lebih selesa."

Artikel Sebelum

Maestro dakwa Rock punca Mas sakit?

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Hebat sangatkah 'Slumdog Millionaire'?

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain