suria

Rekha berdegil tidak mahu mulakan blog sendiri

Aktres veteran Rekha sanggup menyendiri dan hidup jauh dari pandangan masyarakat
Aktres veteran Rekha sanggup menyendiri dan hidup jauh dari pandangan masyarakat
Aktres veteran Rekha sanggup menyendiri dan hidup jauh dari pandangan masyarakat

BERTAHUN-TAHUN lamanya, Rekha dipujuk untuk berlakon drama TV tapi beliau menolaknya. Hanya setelah berusia 54 tahun, barulah aktres veteran ini sanggup berlakon untuk kaca TV.

Walaupun bersetuju untuk berlakon di TV, Rekha masih berdegil untuk tidak memulakan 'blogging.'

"Saya tahu saya pernah berkata yang saya tidak mahu berlakon di kaca TV tapi ada permintaan jadi saya akan berlakon TV juga akhirnya," jelas Rekha.

"Saya sudah rangkakan apa yang ingin saya lakukan. Drama TV yang akan saya lakonkan belum pernah dilihat sebelum ini. Tapi maaf, saya tidak akan buat talk show atau game show.

"Tapi saya tidak mahu menceritakan lebih-lebih siaran mana yang akan saya siarkan drama saya. Ramai sangat klon dan copycat di luar sana," kata pelakon seksi yang pernah digosipkan dengan pelakon Amitabh Bachchan ini.

Bila ditanya kenapa beliau tidak mahu berkomunikasi dengan peminat melalui blog, Rekha berkata, "Saya ni buta internet. Saya tahu internet banyak simpan gambar saya dan semua cerita pasal saya tapi maaflah, saya tidak minat blogging."

"Saya fikir buat apalah melalui empat jam untuk mengetahui kisah yang akan menyakitkan hati dan membenarkan orang luar cemuh anda. Saya tidak ada masa untuk semua itu," katanya.

Namun Rekha tetap kagum dengan kebolehan Amitabh Bachchan membuat blog.

"Dia pandai meluahkan perasaannya melalui semua watak yang dilakonkan dan kini ke blognya. Kita tidak boleh mempersoalkan keputusan profesionalnya."

Di usia senja begini, Rekha lebih selesa hidup jauh dari perhatian media dan masyarakat.

"Di hari jadi saya, saya pergi ke kuil, di tempat umum. Kalau anda masih rasa saya menyendiri, tak tahulah," jelas aktres yang membintangi filem hits seperti "Ghar", "Khubsoorat", "Muqaddar Ka Sikandar" dan "Khoon Bhari Maang".

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain