suria

Lohan hilang malu buat perangai dalam pesawat!

Lindsay hilang malu bila buat perangai dalam pesawat.
Lindsay hilang malu bila buat perangai dalam pesawat.
Lindsay hilang malu bila buat perangai dalam pesawat.

AKTRES Lindsay Lohan hilang malu apabila membuat perangai di dalam pesawat kerana tidak dibenarkan 'upgrade' tempat duduk ke kelas pertama ketika penerbangan dari Tampa ke Los Angeles baru-baru ini.

Aktres berusia 22 tahun yang menaikki Delta Flight dari Tampa itu tidak berjaya mendapatkan kelas pertama kerana penerbangan penuh.

Menurut satu laporan, Lohan terus membuat perangai apabila permintaannnya tidak ditunaikan.

"Sungguh kelakar sekali melihat Lohan menghempaskan kakinya macam kanak-kanak kecil.

"Kemudian apabila mereka masih berkeras tidak benarkan dia 'upgrade' tempat duduk setelah melihat dia buat perangai, dia berkata kepada kawannya yang berada di dalam pesawat yang sama...'awak mesti datang sekarang sebelum saya mati!."

Sejak kebelakangan ini, bintang 'Mean Girls' itu sememangnya mempunyai masalah peribadi.

Pada minggu lepas, Lohan ketika mengiringi Samantha Ronson ke ESPN The Magazine’s NEXT Pre-Super Bowl parti kononnya telah bertengkar.

Kedua mereka bertengkar agak lama dan Lindsay dilihat menghisap rokok sebelum merampas blackberry Ronson untuk menyemak mesej. Mereka kemudiannya bergaduh, dan terus ke tandas wanita utnuk menyelesaikan masalah.

Tidak lama kemudian, kedua-dua mereka keluar dengan wajah yang tersenyum. Walaupun Lindsay berkata beliau sudah tidak minum lagi, namun ramai yang terlihat beliau masih mabuk.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain