suria

Siaran tertunda Anugerah Grammy 51 di 8TV Isnin pagi

Anugerah Grammy yang diadakan setiap tahun ini dianjurkan oleh ‘National Academy of Recording Arts and Sciences of the United States’ untuk memberi pengiktirafan kepada pengkarya-pengkarya muzik Amerika.
Anugerah Grammy yang diadakan setiap tahun ini dianjurkan oleh ‘National Academy of Recording Arts and Sciences of the United States’ untuk memberi pengiktirafan kepada pengkarya-pengkarya muzik Amerika.
Anugerah Grammy yang diadakan setiap tahun ini dianjurkan oleh ‘National Academy of Recording Arts and Sciences of the United States’ untuk memberi pengiktirafan kepada pengkarya-pengkarya muzik Amerika.

ACARA tahunan yang dinanti-nantikan 'Anugerah Grammy ke-51' muncul lagi. Anugerah Grammy tahun ini yang meraikan pengkarya-pengkarya dan artis-artis yang terlibat dalam industri muzik Amerika akan berlangsung dari Staples Center pada 8 Februari 2009.

Mereka yang menantikan acara anugerah berprestij ini akan dapat menyaksikan secara percuma melalui stesen hip 8TV.

Majlis gilang-gemilang ini akan ke udara melalui siaran tertunda (1 jam) pada 9 Februari (Isnin) jam 10 pagi.

Anugerah Grammy yang diadakan setiap tahun ini dianjurkan oleh ‘National Academy of Recording Arts and Sciences of the United States’ untuk memberi pengiktirafan kepada pengkarya-pengkarya muzik Amerika.

Acara ini akan dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh artis-artis yang cukup popular.

"Anugerah Grammy kembali lagi! Penganjuran Grammy ini cukup unik kerana berjaya menghimpunkan begitu ramai penyanyi, komposer, penulis lirik serta mereka yang terlibat dalam industri seni suara di bawah satu bumbung. Kesemua pencinta muzik pasti menanti-nantikan anugerah yang cukup berprestij ini!," komen Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim.

Anugerah Grammy tahun ini bakal diacarakan oleh LL Cool J dan Taylor Swift.

Melengkapkan majlis berprestij ini ialah persembahan-persembahan hebat dari Coldplay, Kenny Chesney, Jennifer Hudson, Jonas Brothers, Lil Wayne, Katy Perry, T.I, Bruce Springsteen, Carrie Underwood, Foo Fighters, Kanye West, Jay-Z, Radiohead dan ramai lagi.

Tahun ini menyaksikan Lil Wayne menerima pencalonan terbanyak dengan lapan pencalonan melalui album ‘Tha Carter III’. Diikuti oleh Coldplay dengan tujuh pencalonan manakala Jay-Z, Ne-Yo dan Kanye West masing-masing menerima enam pencalonan.

Turut memberi saingan dengan lima pencalonan ialah Radiohead, Alison Krauss, John Mayer, Robert Plant dan Jazmine Sullivan. Jennifer Hudson, Adele, Danger Mouse, The Eagles, Lupe Fiasco, George Strait, Metallica dan T.I. masing-masing menerima 4 pencalonan.

Berikut adalah senarai pencalonan untuk Anugerah Grammy Ke-51:

Rakaman Terbaik: · Adele's "Chasing Pavements" · Coldplay's "Viva La Vida" · Leona Lewis' "Bleeding Love" · M.I.A.'s "Paper Planes" · Robert Plant and Alison Krauss' "Please Read the Letter"

Album Terbaik: · Coldplay's "Viva La Vida" · Lil Wayne's "Tha Carter III" · Ne-Yo's "Year of the Gentleman" · Robert Plant and Alison Krauss' "Raising Sand" · Radiohead's "In Rainbows"

Lagu Terbaik: · Estelle's "American Boy" featuring Kanye West · Adele's "Chasing Pavements" · Jason Mraz's "I'm Yours" · Sara Bareilles' "Love Song" · Coldplay's "Viva La Vida"

Artis Baru Terbaik: · Adele · Duffy · Jonas Brothers · Lady Antebellum · Jazmine Sullivan

Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik: · Adele's "Chasing pavement" · Sara Bareilles's "Love Song" · Duffy in "Mercy" · Leona Lewis' "Bleeding love" · Katy Perry's "I Kissed a Girl" · Pink's "So What"

Persembahan Vokal Pop Lelaki Terbaik: · Kid Rock's "All Summer Long" · John Mayer's "Say" · Paul McCartney's "That Was Me" · Jason Mraz's "I'm Yours" · Ne-Yo's "Closer" · James Taylor's "Wichita Lineman"

Persembahan Vokal Pop Duo/Kumpulan Terbaik: · Coldplay's "Viva La Vida" · Eagles' "Waiting in the Weeds" · Gnarls Barkley's "Going on" · Maroon 5's "Won't Go Home Without You" · OneRepublic's "Apologize"

Kolaborasi Vokal Pop Terbaik: · Alicia Keys and John Mayer's "Lesson Learned" · Madonna, Justin Timberlake and Timbaland's "4 Minutes" · Robert Plant and Alison Krauss' "Rich Woman" · Rihanna and Maroon 5's "If I Never See Your Face Again" · Jordin Sparks and Chris Brown's "No Air"

Album Pop Terbaik: · Sheryl Crow's "Detours" · Duffy's "Rockferry" · Eagles' "Long Road Out of Eden" · Leona Lewis' "Spirit" · James Taylor's "Covers"

Kepada peminat dan pecinta muzik, sebuah program istimewa yang berjudul `My Night at the Grammys’ akan disiarkan di 8TV sehari sebelum acara utama iaitu pada 8hb.Februari 2009 (Ahad) pada jam 10.30 malam, untuk menyemarakkan lagi Anugerah Grammy ini.

Program ini menjuruskan sejarah awal mengenai penubuhan Anugerah Grammy yang menjadi satu acara Anugerah utama yang paling hebat setiap tahun di samping temubual-temubual artis terkemuka yang dicalonkan pada tahun ini.

Jangan lupa menandakan tarikh penting ini hanya di 8TV saluran percuma untuk semua dan saksikan acara anugerah gemilang dan paling berprestij - Anugerah Grammy ke-51 pada 9 Februari 2009 (Isnin), jam 10.00pagi!

Kepada yang ketinggalan, anda juga berpeluang meyaksikan siaran ulangannya pada hari yang sama (9hb. Februari 2009) pada pukul 9.30malam. Pastikan anda hanya menonton 8TV.

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain