suria

Desperate Housewives musim ke 5 tampilkan lebih drama

Desperate Housewives (Musim ke-5) akan mula disiarkan di 8TV pada 10 Februari 2009 jam 10.30 malam.
Desperate Housewives (Musim ke-5) akan mula disiarkan di 8TV pada 10 Februari 2009 jam 10.30 malam.
Desperate Housewives (Musim ke-5) akan mula disiarkan di 8TV pada 10 Februari 2009 jam 10.30 malam.

SIRI kesukaaan ramai, 'Desperate Housewives' kini kembali dengan musim terbaru! Penonton bakal dikejutkan dengan apa yang berlaku di Wisteria Lane pada episod terakhir musim yang lalu. Semuanya pasti akan terjawab pada musim ke-5 ini.

Desperate Housewives (Musim ke-5) akan mula disiarkan di 8TV pada 10 Februari ini jam 10.30 malam!

"Ya,`mereka kembali! Siri kegemaran anda Desperate Housewives kembali menemui anda.

"Untuk semua peminat drama bersiri ini, jangan lupa untuk menonton musim terbaru yang pastinya lebih menghiburkan!" ujar Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim.

Bagi musim ke-5 ini, anda akan dibawa ke kehidupan di Wisteria Lane pada lima tahun ke hadapan. Anak-anak Lynette yang cukup nakal mula terjebak dengan arak dan perjudian.

Gaby yang telah mempunyai dua orang anak kelihatan tidak terurus. Bree pula menjadi usahawan berjaya manakala Susan sudah mempunyai teman lelaki baru. Si nakal Edie kembali ke Wisteria Lane dengan suami barunya Dave William seorang pakar motivasi.

Episod ini bermula dengan babak Susan yang kelihatan sedang tidur dengan teman lelaki barunya, namun si jejaka tidak dibenarkan untuk bermalam di rumah Susan. Gabby pula dalam usaha untuk menukar anaknya yang gempal bernama Juanita menjadi seorang puteri bagi menghadiri sebuah majlis.

Katherine pula berasa kurang senang dengan sikap Bree yang seolah-olah mengabaikan perniagaan katering milik mereka bersama dan terlalu sibuk mempromosikan buku masakan terbarunya.

Perniagaan Pizza milik keluarga Scavo mula mengalami kerugian apabila Lynette mengetahui anak-anaknya mula berjudi dan minum arak.

Untuk mengetahui apa yang bakal terjadi di Wisteria Lane, jangan lupa untuk menyaksikan Desperate Housewives pada 10 Februari jam 10.30 malam hanya di 8TV. Anda juga dapat menonton 8TV di saluran 708 Astro anda.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain