suria

Freddie nafi kelewatan album punca Mas mengamuk

Freddie dan Rock tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik yang menempatkan Mas AF2 di wad Neurologi HKL semalam.Foto mStar oleh:NURUL AIN MOHD HUSSAIN.
Freddie dan Rock tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik yang menempatkan Mas AF2 di wad Neurologi HKL semalam.Foto mStar oleh:NURUL AIN MOHD HUSSAIN.
Freddie dan Rock tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik yang menempatkan Mas AF2 di wad Neurologi HKL semalam.Foto mStar oleh:NURUL AIN MOHD HUSSAIN.

KETIKA ada pihak yang menyatakan Mas AF2 ditempatkan di wad Neurologi, Hospital Kuala Lumpur sejak Isnin lalu gara-gara tertekan dengan penangguhan albumnya yang diterbitkan oleh syarikat yang dinaunginya, Maestro tidak menafikan perkara tersebut.

"Saya pernah berjumpa dengan Mas dua tiga bulan lepas, masa tu dia ok,cuma dia agak emosional sikit masa cakap pasal album dan dia tiada show. Tapi saya pun tak boleh aturkan persembahan begitu sahaja sebab kena ada permintaan dahulu baru kita boleh beri dia," katanya.

Menurut Freddie lagi, apa yang dirisaukan oleh anak buahnya itu adalah kelewatan albumnya disiapkan.

"Saya tak nafikan dia ada mengadu mengenai kelewatan mini album dia disiapkan. Pihak kami bukan sengaja berbuat demikian sebab penerbit album Mas, Joe Wings sakit ketika itu. Oleh sebab itu album Mas agak lambat sikit disiapkan.

"Tiga, empat hari lalu pegawai Maestro ada berjumpa dengan Mas dan berbincang mengenai kelewatan album ini. Ketika itu dia puashati dan menerima penerangan pihak kami," katanya.

Tegasnya, masalah penghasilan album bukan hanya dihadapi oleh Mas seorang malah artis-artis di bawah pengawasan Maestro juga mengalami masalah yang tersendiri.

"Ada benda-benda yang menghalang persiapan album ini. Lagipun lagu duet dengan Aswad tetrangguh sebab Aswad punya komitmen lain mengakibatkan album tersebut agak lambat disiapkan," katanya.

Namun jelas Freddie lagi Mas dimasukkan ke dalam wad Neurologi tersebut gara-gara berlakunya kemalangan dan anak buahnya itu telah menimbulkan kekecohan di balai polis sehingga mengakibatkan dia akhirnya ditempatkan di wad berkenaan.

"Saya pun tidak tahu masalah dia (Mas), sama ada dia ada masalah peribadi atau tidak.

"Tapi berdasarkan apa yang saya tahu itulah, ada berlaku kemalangan dan timbul sedikit kekecohan di balai polis, yang lain-lain saya tidak tahu," tambah Freddie lagi.

Bagi Freddie, dia sebagai bosskepada Mas akan cuba mencari jalan penyelesaian dengan menulis surat kepada pihak hospital untuk minta mereka melepaskannya.

"Kami akan cuba cari jalan yang terbaik untuk keluarkan dia. Kita pun tak nak kesihatan dia terganggu selepas ini. Kalau boleh kita mahu dia berehat dan bersama keluarganya buat sementara waktu," katanya.

Jelas Freddie lagi, usaha mereka gagal kerana seorang Ketua Jururawat yang dikenali sebagai Siti Aminah memberitahu mereka Mas enggan menemui sesiapa pada ketika ini.

"Memang kami tak nak percaya, tapi kena percaya sebab kenyataan itu datang dari seorang pegawai kerajaan," ujarnya dalam nada kecewa.

Tambah Freddie lagi, apa yang boleh dilakukannya sekarang adalah menghubungi keluarga Mas untuk membincangkan dan melihat keadaan Mas sendiri.

Kenyataan Freddie itu turut disahkan oleh Joe Wings yang bertindak sebagai penerbit album Mas.

"Sebenarnya album dia tinggal lagi satu lagu nak masuk vokal. Itu pun lagu duet dia dengan Aswad itu saja. Minggu lepas saya ada jumpa dengan dia (Mas) dan bincang tentang penyanyi lelaki untuk ganti Aswad.

"Saya memang cakap dengan dia album dia lewat sebab masalah-masalah begini. Saya juga ada pujuk dia cakap dia bernasib baik album dia dapat diterbitkan dan ada penyanyi yang tak ada album langsung," kata Joe yang menyatakan albumnya sepatut siap penghujung minggu ini.

Ketika ditanya bagaimana keadaan ketika proses rakaman album mininya itu berlangsung Joe berkata proses tersebut berlaku agak perlahan.

"Saya tak nafikan proses masukkan vokal dia (Mas) dalam album ini agak lambat sebab dia tak banyak pengalaman dan perlu masa belajar vokal masa mula-mula. Kita pun nak dia beri yang terbaik.

"Lagu duet ini yang ambil masa kerana nak mantapkan album ini. 4 buah lagu Mas yang lain dah siap direkodkan pun. Semua artis ada masalah album lambat siap. Itu perkara biasa," luah Joe dengan matanya yang cedera.

Tambah Joe lagi, Mas perlu menghadapi kelewatan albumnya dengan tenang kerana apabila album itu keluar masalahnya lain pula akan timbul dari aspek lain pula.

"Dia (Mas) dah tunggu dua tahun, apa salahnya dia tunggu dua minggu je lagi. Kalau betul pasal album dia boleh jadi macam ini boleh ke dia tempuh kalau album dia keluar nanti?" ujarnya yang mula menerbitkan mini album Mas sejak awal tahun 2007 lagi.

Tambah Joe lagi, kalau betul Maestro tidak mahu menerbitkan album Mas syarikat rakaman itu tidak akan mengeluarkan budget untuk menyiapkan kulit album penyanyi itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain