suria

Kemunculan semula Jennifer Hudson selepas tragedi hitam

Jennifer Hudson pertama kali muncul di khalayak ramai setelah tragedi hitam melanda keluarganya
Jennifer Hudson pertama kali muncul di khalayak ramai setelah tragedi hitam melanda keluarganya
Jennifer Hudson pertama kali muncul di khalayak ramai setelah tragedi hitam melanda keluarganya

JENNIFER Hudson akhirnya membuat 'comeback' di khalayak ramai menerusi persembahannya di Super Bowl setelah mendiamkan diri seketika sejak tragedi hitam yang melanda diri dan keluarganya setelah ibu, abang dan anak saudaranya dibunuh dengan kejam, tahun lalu.

Pelakon dan penyanyi popular itu muncul dengan menyanyikan lagu kebangsaan Amerika di hadapan berjuta-juta penonton sebelum bermulanya perlawanan rugbi Super Bowl di Tampa, Florida, 1 Februari lalu.

Kemunculan Hudson nyata menggembirakan kenalan-kenalan penyanyi itu yang tidak putus-putus menghubungi telefon bimbit Hudson sebaik dia tamat membuat persembahan.

Menurut penerbit, Rickey Minor, Hudson yang kembali ke bilik persalinan selepas itu terkejut dengan deringan tanpa henti di dua buah telefon bimbitnya itu.

Turut tidak ketinggalan menghubungi Hudson ketika itu ialah pelakon Jamie Foxx yang meninggalkan pesanan teks.

"Hebat. Persembahan kamu membuatkan saya menangis," luah Jamie menerusi mesej tersebut.

Hudson, 27, mula mengukir nama di persada seni setelah menyertai program Americal Idol beberapa tahun yang lalu. Kariernya terus memuncak setelah Jennifer membintangi filem Dreamgirls bersama Beyonce dan Jamie Foxx sekaligus berjaya dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Oscar 2007.

Jennifer juga ketika ini turut popular menerusi lagunya, Spotlight, yang menduduki tangga teratas di dalam carta Billboard R&B.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain