Katrina sudah lali melayan sikap Salman yang tidak romantik - Hiburan | mStar

Katrina sudah lali melayan sikap Salman yang tidak romantik

Produser Yash Chopra dan Yash Raj, dua nama besar antara yang terpaksa membuat temujanji untuk dapatkan tarikh sesuai untuk berjumpa Katrina.
Produser Yash Chopra dan Yash Raj, dua nama besar antara yang terpaksa membuat temujanji untuk dapatkan tarikh sesuai untuk berjumpa Katrina.

KALAU ditanya siapa aktres Bollywood paling popular sekarang, jawabnya ialah Katrina Kaif.

Katrina atau Kat kini berada di mercu industri Bollywood mengalahkan Aishwarya Rai, Kareena Kapoor dan lain-lain.

Wajah Pan-Asian Kat yang mempesona dan jelita serta potongan badan yang menarik, ditambah dengan bakat lakonan semulajadinya membuat Katrina (Kat) menjadi rebutan.

Mula meniti nama dari filem Namastey London, Welcome, Race dan terakhir Singh Is Kinng, Kat tidak tunggu lama untuk berada di kemuncak popularitinya dan kini memahat nama dalam kelompok aktres 'Grade A.'

Ramai yang berebut-rebut untuk mendapatkan Kat. Yash Chopra dan Yash Raj, dua nama besar antara yang terpaksa membuat temujanji untuk dapatkan tarikh sesuai untuk berjumpa Kat.

Terlalu banyak tawaran yang datang hinggakan Kat sendiri keliru kadang-kadang.

Kat dijadualkan berlakon untuk filem Yash Chopra bertajuk 'Bachna Ae Haseeno' tapi kemudiannya tukar fikiran. Sekarang Kat bersetuju pula berlakon dalam filem Yash Raj, 'New York' dengan pengarah Kabir Khan bersama gandingan Neil Nitin Mukesh dan John Abraham.

Kat kini berada di Goa untuk pengambaran filem 'Ajab Prem Ki Ghazab Kahani' bawah arahan Rajkumar Santoshi.

Kejelitaan Kat yang unik serta sifat manjanya berjaya menambat hati pelakon sasa Salman Khan.

Sudah lebih empat tahun, pasangan Salman Khan-Katrina bersama. Tetapi mereka tidak pernah disatukan di dalam filem.

Namun baru-baru ini, Kat dan Salman telah diketemukan dalam filem Subash Ghai 'Yuvvraaj'.

Kononnya semasa pengambaran, Salman atau Sallu enggan melihat ke dalam mata Kat.

Ketika ditanya, Kat berkata, "Mungkin dia rasa dia adalah kekasih yang unik."

Kat sendiri sudah putus harap untuk cuba keluarkan aspek romantik dalam diri Sallu.

Namun ketika ditanya bagaimana perasaannya berlakon di samping kekasihnya, Kat berkata dia agak nervous juga.

Kat juga menolak anggapan yang mengatakan Salman adalah seorang romantik.

"Dia tidak romantik. Semua emosi romantiknya disimpan untuk paparan di layar perak. Bila saya mahu pergi bercuti, Sallu akan kata, bosanlah kalau berdua saja.

"Dia juga tidak suka 'candlelight dinner' dan dia selalu inginkan makanannya tersaji di atas meja bila dia masuk ke restoran.

"Salman Khan langsung tak romantik," kata aktres kacukan ini.

Artikel Sebelum

Farahdhiya ketagih menyanyi dan berlakon

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Kakak Tua: Mata tahu memandang saja...

default image

Nikki langkah bendul tiga kakak

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain