suria

Ramalan Meryl Streep tentang 'Mamma Mia' jadi kenyataan

Pelakon hebat Meryl Streep meluarkan rasa kecewanya apabila usia masih lagi jadi diskriminasi.
Pelakon hebat Meryl Streep meluarkan rasa kecewanya apabila usia masih lagi jadi diskriminasi.
Pelakon hebat Meryl Streep meluarkan rasa kecewanya apabila usia masih lagi jadi diskriminasi.

NALURINYA senantiasa berkata yang filem lakonan terbarunya 'Mamma Mia!' akan menjadi satu hit. Bagi aktres lagenda, Meryl Streep filem itu benar-benarnya hebat kerana ia dibuat khas untuk mewakili kaum wanita.

Filem muzikal ABBA, 'Mamma Mia!'adalah filem yang terhebat tahun lepas apabila mendapat pulangan kutipan sebanyak 573 juta di merata dunia.

Namun kejayaan luar biasa filem ini sedikitpun tidak memeranjatkan aktres yang pernah dinobatkan 'Pelakon Terbaik' ini.

"Filem ini memberi tumpuan kepada bahagian yang selalunya tidak diberi perhatian iaitu penonton wanita. Selama ini, penonton wanita selalu diketepikan tapi filem ini memberi tumpuan khas kepada kaum wanita," jelas Streep.

"Saya tahu ramai yang tidak percaya filem ini akan membawa kejayaan luar biasa tapi bagi saya ianya bukan satu kejutan.

'Mamma Mia' adalah sebuah filem yang ditujukan khas untuk wanita. Kaum wanita selalu diabaikan. Jadi bila ada filem seperti ini, tentu saja ia mendapat sambutan.

Streep yang nama sebenarnya ialah Mary Louise "Meryl" Streep dilahirkan pada 22 Jun, 1949 dan telah banyak mencipta nama dalam bidang teater, television dan filem.

Filem pertama lakonan Streep ialah Julia (1977), di damping Jane Fonda dan Vanessa Redgrave.

Namun lakonan terhebatnya adalah melalui filem 'The Deer Hunter' bersama Robert De Niro dan John Cazale, juga 'Kramer Vs Kramer' di samping Dustin Hoffman. Filem 'Kramer Vs Kramer' telah memberi Streep Oskar pertama untuknya.

Setakat ini, Streep sudah memenangi satu Oskar, dua pencalonan Anugerah Akademi, Anugerah Cannes dan enam Anugerah Godlen Globes.

Malah Streep telah mendapat pencalonan Anugerah Akademi sebanyak 14 kali, yang terbanyak pernah didapati oleh mana-mana aktres di Hollywood.

Beliau juga telah dicalonkan sebanyak 23 kali untuk Anugerah Golden Globe dan memenangi Anugerah itu sebanyak enam kali, sama banyaknya dengan kemenangan yang dimenangi oleh Angela Lansbury dan Jack Nicholson.

Baru-baru ini, aktres yang sibuk ini telah meluahkan rasa terkilannya kerana masih terdapat diskriminasi disebbakan usia aktres.

Di usia 59 tahun, Streep merasakan bahawa masih ada lagi diskriminasi tentang soal umur dalam profesion lakonan.

"Cuba anda lihat di sekeliling anda. Ramai wartawan muda tapi ada tak yang seusia dengan saya," tanya Streep.

Artikel Sebelum

Ziana 'ubat' duka dengan Magica

Artikel Berikut

Artikel Lain