suria

Preity idamkan badan yang seksi

Wajah comel berlesung pipit aktres Preity Zinta selalu menjadi buruan produser Bollywood.
Wajah comel berlesung pipit aktres Preity Zinta selalu menjadi buruan produser Bollywood.
Wajah comel berlesung pipit aktres Preity Zinta selalu menjadi buruan produser Bollywood.

HUBUNGAN cinta antara aktres berlesung pipit Preity Zinta dan tokoh perniagaan terkenal India, Ness Wadia bukan satu rahsia lagi. Pasangan romantis ini sudah agak lama berpacaran.

Preity-Ness pernah dikhabarkan akan berpisah satu ketika dulu tetapi bagaimanpun hubungan mereka dapat diselamatkan.

Wadia, yang berketurunan Parsi ini adalah dan cicit kepada Mohammad Ali Jinnah, pengasas negara Pakistan. Beliau adalah seorang tokoph perniagaan yang berjaya dan pernah melanjutkan pengajiannya dalam bidang 'Perhubungan Luar Negara' di University in Boston, Massachusetts USA.

Tidak seperti pasangan merpati dua sejoli seperti Saif-Kareena, Ranbir- Deepika and even Abhishek- Aishwarya, pasangan ini lebih senang jika hubungan mereka tidak diketahui umum dan 'low-profile'.

Khabarnya aktres jelita ini baru sahaja menghabiskan cuti awal tahun di Kanada dengan bermain ski dengan Ness.

Percutian yang disifatkan sungguh romantik ini tidak dapat dihidu oleh media di negera kelahirannya kerana tidak ada siapapun yang tahu mereka pergi berlibur.

Khabarnya juga, Preity telah mengupah seorang jurulatih peribadi untuk mendapatkan kembali susuk badannya yang seksi. Preity juga amat berhati-hati tentang pemakanan dan sedang berdiet sekarang.

Malah, berita terdekat dengan aktres ini berkata, Preity lebih jelita dan langsing sekarang kerana diet dan segala kerja kerasnya untuk mendapatkan badan yang langsing berhasil.

Aktres comel yang dilahirkan pada 31 Januari, 1975 ini agak sibuk kebelakangan ini walaupun sibuk berlibur dengan buah hatinya.

Preity sebenarnya sibuk kebelakangan ini di set penggambaran filem Jahnu Barua bertajuk 'Har Pall', 'Heroes' oleh Samir Karnik, filem arahan Deepa Mehta iaitu 'Heaven On Earth' dan filem Rituparno Ghosh bertajuk 'The Last Lear'.

Disebabkan kesibukan ini juga, Preity tidak mempunyai rehat yang cukup dan ini telah menyebabkan berat badannya jatuh mendadak. Kini, beratnya cuma 46 kilogram sahaja dan Prety tidak sabar-sabar untuk menunjukkan imejnya yang terbaru.

Artikel Sebelum

Ziana 'ubat' duka dengan Magica

Artikel Berikut

Artikel Lain