suria

Sesi ujibakat AF 7 dapat sambutan hangat

SESI ujibakat pertama program realiti televisyen, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) yang diadakan pada 16 dan 17 Januari lalu mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 1,000 peserta hadir mencuba bakat masing-masing.

Jumlah ini menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahun lalu yang dihadiri oleh 650 peserta.

Dalam sesi ujibakat tersebut, orang ramai mulai sesak dan berkumpul di depan kaunter pendaftaran seawal jam 7 pagi walaupun kaunter hanya dibuka pada jam 9 pagi.

Bagi mencipta kelainan, AF7membuka peluang kepada artis, sama ada penyanyi, pelakon mahupun model yang tidak terikat dengan mana-mana kontrak daripada syarikat rakaman dan pengurusan.

Selain daripada itu, AF7 terus membuat pembaharuan dari segi syarat-syarat penyertaan apabila memberi peluang kepada warga Singapura menyertai program realiti popular berkenaan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, tiada kuota dikenakan bagi mengehadkan pembabitan artis dan warga Singapura dalam AF7.

“Sesiapa sahaja yang layak dalam sesi ujibakat akan dipilih berdasarkan kebolehan masing-masing. Perubahan ini dibuat bagi menceriakan AF musim terbaru ini.

“Bersesuaian dengan arus peredaran zaman, beberapa elemen pembaharuan yang dilakukan ini adalah bagi memberikan saingan yang lebih sengit di kalangan peserta,” kata Mizan.

Jelas Mizan lagi, bagi perubahan elemen kepada syarat keleyakan pada kali ini yang membuka ruang kepada penyertaan peserta negara jiran, Singapura pula keputusan tersebut dibuat sejajar dengan hasrat saluran Astro Ria yang bakal meluaskan siarannya kepada penonton di seberang tambak Johor itu.

“Ini bakal membuka peluang kepada Astro Ria terutamanya Akademi Fantasia untuk meraih sokongan yang lebih banyak daripada seluruh warga Singapura.

“Persaingan peserta AF akan jadi lebih terbuka selepas ini dan setakat ini sambutan yang diterima dari negara jiran kita sangat menggalakkan,” katanya.

Juri-juri yang mengadili para peserta pada sesi ujibakat musim terbaru ini terdiri daripada Fatimah Abu Bakar, Sharizawati Sharif, Fatimah Ismail, penyanyi Nurul Huda Wahab, Mok (Search), Edrie Hashim, Ida Nerina, Syaiful Nizam.

Menurut Fatimah Abu Bakar, para peserta yang hadir perlu mempersiapkan diri mereka sebaik mungkin kerana hanya yang betul-betul terbaik sahaja akan dipilih.

“Ini bukan AF 1 atau AF3 mereka perlu faham konsep program AF. Peserta yang datang perlu mempersiapkan diri secara fizikal dan mental bukan hanya boleh menyanyi sahaj kerana kita bukan nak cari penyanyi tapi kita nak cari penghibur.

“Datang ujibakat bukan dengan hafal satu lagu sahaja tapi hafal la lagu-lagu lain. Kalau peserta tak boleh buat kami jatuh cinta dengan persembahan anda, macam mana kami nak pilih mereka,” ujar Fatimah yang juga ibu kepada pelakon popular, Sharifah Amani.

Jelas Fatimah lagi, dengan dua syarat baru yang dikenakan oleh pihak Astro bakal menjadikan persaingan untuk menyertai AF lebih kompetetif dan sengit.

“Tapi dalam masa yang sama kami juga sukar untuk buat pilihan kerana masih ramai yang pergi ujibakat tak buat persediaan secukupnya. Mereka pergi sekadar suka-suka dan sebab nak jadi penyanyi, itu sahaja.

“Sedangkan kita mahu mereka yang betul berminat untuk belajar menjadi seorang penghibur mereka perlu ada kualiti seorang pelajar yang sangat dahagakan ilmu pengetahuan dalam bidang seni.

“Satu lagi mereka juga perlu berdikari dan bukan hanya mengharapkan kami memberi saja memberi tunjuk ajar kepada mereka semata-mata,” ujar Fatimah.

Nama-nama seperti Vince, Zahid , Faizal Mila dan Stacy adalah nama-nama yang pernah merangkul gelaran juara sepanjang Akademi Fantasia daripada musim pertama hingga lah musim keenam.

AF telah berjaya melahirkan artis popular sehingga nama mereka bukan sahaja dikenali malah mempunyai kualiti dan keistimewaaan tersendiri.

Sesi ujibakat berikutnya akan diadakan diadakan di: The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, 24 - 25 Jan 1Borneo South Atrium, Kota Kinabalu, 30 - 31 Jan & 1 Feb Enter K Entertainment, Crown Tower, Kuching, 31 Jan & 1 Feb Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur 7 – 8 Feb

The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, 24 - 25 Jan

1Borneo South Atrium, Kota Kinabalu, 30 - 31 Jan & 1 Feb

Enter K Entertainment, Crown Tower, Kuching, 31 Jan & 1 Feb

Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) dan menyanyi secara 'acapella' lagu-lagu pilhan seperti berikut:

Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita: 1. No One (Alicia Keys)

2. Kalis Rindu (Elyana)

3. Dikir Puteri (Noraniza Idris)

4. Karma (Cokelat)

5. Tari Silat Melayu (Aishah)

Lagu-lagu pilihan untuk peserta lelaki: 1. Angan dan Sedar (Mawi)

2. You Raise Me UP (Josh Groban)

3. Ketelusan Hati (Anuar Zain)

4. Hanya Engkau Yang Mampu (Aizat)

5. Ada (M.Nasir)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain