suria

Gara-gara 'Chadni Chowk To China', Akshay digelar "Jackie Chan India"

Dalam filem 'Chadni Chowk To China' ini, Akshay bergandingan dengan Deepika Padukone, bintang jelita yang ditampilkan buat pertama kali dalam filem Om Shanti Om.
Dalam filem 'Chadni Chowk To China' ini, Akshay bergandingan dengan Deepika Padukone, bintang jelita yang ditampilkan buat pertama kali dalam filem Om Shanti Om.
Dalam filem 'Chadni Chowk To China' ini, Akshay bergandingan dengan Deepika Padukone, bintang jelita yang ditampilkan buat pertama kali dalam filem Om Shanti Om.

PELAKON Bollywood Akshay Kumar, yang pernah digelar 'Aktor Paling Seksi Bollywood' akan menunjukkan kehebatan aksi kungfunya dalam filem terbaru yang ditunggu ramai 'Chadni Chowk To China.'

Akshay, yang pernah membintangi filem seperti Namastey London, Heyy Babyy, Bhool Bhulaiyaa, Welcome and Singh Is King, bakal digelar "Bollywood King" yang baru kerana rekod ini.

Filemnya,'Singh is King’ bersama bintang seksi Katrina Saif dikatakan sebagai filem terhebat Bollywood di dalam dan di luar negara pada tahun lepas.

Filem 'Chandni Chowk To China' merupakan filem Bollywood berunsurkan Kungfu komedi yang pernah diterbitkan. Filem ini membawa penonton menjelajahi sebuah tempat yang bernama Chandni Chowk di Delhi, ke Shanghai, Tembok Besar China dan pendalaman China dengan memaparkan kisah lucu, romantik dan aksi-aksi hebat.

Filem yang dibintangi Deepika Padukone (bintang yang diperkenalkan dalam filem Om Shanti Om) di samping pelakon veteran Mithun Chakraborty dan bintang veteran Hong Kong Gordon Liu dalam watak-watak utama.

Filem ini juga merupakan filem kedua Bollywood yang diterbitkan oleh Warner Bros. Pictures dan diarahkan oleh Nikhil Advani.

Penggambaran filem ini dijalankan di India, China dan Thailand dan diedarkan di seluruh negara serentak. Akshay dikhabarkan mendapat jolokan "Jackie Chan India' dan kemungkinan besar filem ini akan disambung lagi dengan tajuk baru sekuelnya "Chandni Chowk to Africa."

Filem yang memakan masa 2 jam setengah ini masih mengekalkan elemen-elemen tipikal Bollywood seperti tarian, babak sedih, nyanyian dan komedi slapstick, namun ianya diberi sentuhan yang agak berlainan.

"Chandni Chowk," merupakan tempat di bandar lama Delhi dan Akshay Kumar memegang watak Sidhu, seorang penjual sayuran yang secara tidak sengaja dikenal pasti sebagai kelahiran semula pahlawan bangsawan China masa lampau.

Penduduk di sebuah tempat di China telah meminta khidmat Akshay untuk melawan orang jahat Hojo (Gordon Liu) yang suka menindas mereka.

Baru-baru ini, suami kepada aktres Twinkle Khanna dan menantu kepada Rajesh Khanna dan Dimple Kampadia ini, diberitakan sebagai pembayar cukai paling tinggi di kalangan industri filem. Beliau membayar lebih kurang Rs 19 kror untuk cukai pendapatan, melebihi cukai yang dibayar oleh Shah Rukh Khan (Rs 15 kror), Hrithik Roshan (Rs 8 kror) dan Aamir Khan (Rs 7 kror).

Filem "Chadni Chowk To China" ini bakal membuka mata Hollywood tentang pelakon Bollywood yang bernama Akshay Khanna.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain