suria

Hewitt dapat perintah mahkamah halang peminat fanatik dekatinya!

Hakim di Burbank, California membenarkan permohonan Hewitt yang inginkan Nolte tidak mendekatinya selama tiga tahun. Nolte pernah menulis lebih dari 120 pucuk surat kepada Hewitt.

AKTRES jelita 'Ghost Whisperer' Hollywood, Jennifer Love-Hewitt, akhirnya berjaya mendapatkan perintah mahkamah 'restraining order' bagi menghalang peminat fanatik David Nolte dari mendekatinya.

Hakim di Burbank, California membenarkan permohonan Hewitt yang inginkan Nolte tidak mendekatinya selama tiga tahun. Nolte pernah menulis lebih dari 120 pucuk surat kepada Hewitt.

Dalam satu petisyen baru-baru ini, aktres jelita itu memberitahu yang Nolte telah menjual rumahnya di Colorado dan berpindah ke Los Angeles untuk berada lebih dekat dengannya.

Peguam-peguam Hewitt juga telah mengemukakan beberapa pucuk surat yang didakwa dihantar oleh Nolte, membayangkan keghairahan fantasi seks Nolte dengan idolanya itu

Hewitt, bagaimanapun tidak menghadiri pembicaraan itu. Namun dalam sebuah kenyataan, beliau berkata dia lebih berwaspada dengan Nolte setelah peminat fanatiknya itu tiba-tiba muncul di rumah ibunya pada akhir bulan Disember tahun lepas.

Ini bukannya kes pertama melibatkan Hewit mendapat perhatian istimewa peminat fanatik.

Lima tahun sudah, Diana Napolis, berusia 47 ketika itu, dan dirawat kerana sakit mental, mengaku bersalah kerana kesalahan yang sama.

Napolis ditahan kerana membuat ugutan bunuh terhadap Hewitt dan memberi alasan bahawa aktres itu mampu membaca mindanya dan ada rancangan untuk membunuhnya.

Artikel Lain