suria

Tembubual eksklusif bersama 13 band terhebat tanahair di 8TV

Antara band yang beraksi dalam program Homegrown di siaran 8TV.
Antara band yang beraksi dalam program Homegrown di siaran 8TV.
Antara band yang beraksi dalam program Homegrown di siaran 8TV.

Ikuti temubual eksklusif bersama 13 buah band terhebat tanahair di dalam program menarik Homegrown di 8TV.

Program Homegrown musim kedua ini telah ke udara bermula 14 Disember 2008, jam 10.30 malam lagi.

Selama 13 minggu, peminat-peminat band tanahair tidak harus lepaskan peluang menonton aksi band-band yang cukup berbakat.

Melalui musim baru ini Homegrown berwajah baru di mana program ini lebih berkonsepkan majalah dengan info-info yang menarik dan membantu.

Selain menyelami kehidupan band-band ini, penonton juga dapat menambahkan ilmu tentang muzik kerana program ini turut memaparkan segmen tentang barangan muzik, ‘DIY segment’ yang mana mereka akan menunjukkan cara-cara untuk kita membuat T-shirt dengan rekaan kita sendiri, info-info tentang gigs dan banyak lagi!

"Saya begitu kagum dengan bakat dan kebolehan band-band baru di Malaysia yang boleh dikatakan cukup berpengaruh.

Homegrown kini sekali lagi memberi sokongan kepada band-band ini mempromosikan produk mereka selain memuatkan beberapa segmen menarik berkaitan dengan muzik,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Kata Kim lagi, "Perkembangan kumpulan muzik tanahair amat membanggakan.

"Saban tahun ada sahaja muka-muka dan kumpulan-kumpulan baru muncul memperbaharui dan mewarnai muzik dengan nafas baru dan ini satu petanda baik kepada peminat-peminat muzik dan produksi tempatan untuk memperbanyakkan lagi program berbentuk hiburan.

"Homegrown adalah satu platform yang bagus untuk mengenengahkan band-band ini," katanya.

Antara band-band yang bakal ditampilkan dalam Homegrown ialah Estranged, The Times, Pure Vibracion, One Buck Short, Nitrus, Deja Voodoo Spells, Seven Collar T-shirt, Estrella, Komplot, The Otherside Orchestra, Bittersweet, Nice Stupid Playground dan Butterfingers.

Pastikan anda menonton program yang cukup menarik ini pada setiap Ahad, bermula 14 Disember jam 10.30 malam eksklusif di 8TV! 8TV juga boleh ditontoni menerusi saluran 708 di Astro.

Artikel Lain