Cico akan bergelar bapa tapi belum bersedia perkenal isteri - Hiburan | mStar

Cico akan bergelar bapa tapi belum bersedia perkenal isteri

SPEKULASI mengenai pelakon Cico Harahap, 30, telah berkahwin dengan wanita berketurunan Thailand akhirnya terjawab apabila dia membawa isterinya yang sedang hamil lapan bulan ke pementasan teater monolog Cinta Julia di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur semalam.

Setelah menyapa anak tunggal seniwati Uji Rashid ini, ternyata beliau tidak kisah ditemubual dan menjawab setiap pertanyaan dengan baik.

Apabila ditanya apakah sebab sebenar dia merahsiakan pernikahannya dengan Elle atau nama Islamnya, Nur Fuziani Abdullah, 25, Cico berkata, dia belum bersedia untuk memperkenalkan isterinya kepada publik sehinggalah mereka melangsungkan majlis resepsi perkahwinan pada tahun depan.

“Sebagai artis, saya belum bersedia memperkenalkan isteri saya. Tetapi sebagai orang biasa, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan ayah kepada anak saya.

“Jika peminat atau sesiapa yang menegur kami di luar, saya tidak kisah untuk memperkenalkan isteri saya. Maksudnya, biarlah berita ini keluar dari mulut saya sendiri.

“Saya bukannya jenis yang menyorok isteri dan sentiasa membawanya ke mana-mana kecuali majlis besar seperti malam anugerah.

“Insya-Allah selepas saya membuat majlis resepsi perkahwinan kami nanti, baru saya akan perkenalkan dan umum kepada semua,” kata Cico yang turut berharap majlis perkahwinannya nanti akan mengabulkan hasrat ibunya.

Tambah pelakon yang pernah popular melalui filem Puteri Impian ini, majlisnya nanti mungkin tidaklah sehebat majlis perkahwinan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan pelakon Erra Fazira.

“Tetapi yang pasti, saya akan memastikan majlis ini berjaya membuatkan ibu saya gembira kerana itulah impiannya,” ujar Cico.

Menyentuh tentang cerita sebalik pernikahan Cico dan Elle, Cico berkata dia mula berkenalan dengan Elle, yang juga merupakan penyanyi di Thailand kira-kira setahun yang lalu.

Perkenalan mereka terdetik di Thailand di mana ketika itu Cico menghadiri show Elle.

“Waktu tu saya tengok orang lain dah mabuk tetapi dia lain sedikit sebab dia tak minum.

“Selepas itu, kami tak tahu nak buat apa, jadi kami berlawan makan cili. Mulai dari hari itu, kami mula berkawan.

“Saya juga tertarik dengannya apabila Elle kata dia selalu ikut kawannya ke masjid dan mendalami agama Islam. Selain itu, dia suka berlawak,” beritahu Cico yang pernah bekerja di Thailand sejak 2001 dalam bidang pengawasan keluar masuk lori diesel dan memeriksa keaslian diesel yang dibawa itu.

Selepas setahun berkenalan, kedua-duanya diijabkabulkan pada Februari lalu di Masjid Besar Songkla, Thailand.

Cico berkata dia akan memberitahu tarikh pernikahan mereka semasa majlis resepsi perkahwinan pada tahun depan.

Memandangkan Elle sedang sarat hamil, mereka merancang untuk membuat majlis tersebut selepas isterinya bersalin. Isteri Cico dijangka melahirkan anak sulung mereka pada awal tahun depan.

Menurut Cico, dia memilih untuk bernikah di Thailand kerana keluarga Elle yang ramai sukar untuk datang ke sini.

Lagipun, Cico dan ibunya hanya tinggal berdua di sini. Tetapi, rakannya, pelakon Que Haidar dan Beego turut dijemput menghadiri majlis tersebut.

Melihat penampilan Cico yang sedikitpun tidak berubah, mungkin orang tidak akan perasan yang dia sudah berkahwin.

Namun, apabila diajukan tentang perubahannya selepas berkahwin, Cico berkata perkahwinan mengajarnya untuk lebih bertanggungjawab dan selebihnya beliau masih seperti dulu.

“Saya nampak sahaja moden tetapi pemikiran saya tradisional. Saya juga berpegang dan memberitahu Elle tentang yang salah tetap salah dalam agama,” kata Cico yang kini sudah pulang menetap di sini dan dijangka memasuki pengambaran filem Tiga Jalan arahan pengarah Mamat Khalid, Aziz M.Osman dan Afdlin Shauki mulai 27 Disember ini.

Artikel Sebelum

Sajian istimewa Aidiladha di TV9

Artikel Berikut

Fauziah Nawi luah makna 'Cinta Julia'

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa