suria

Kisah wira Sikh terkenal Mewa Singh dalam filem Komagata Maru

Pengarah India terkenal Deepa Mehta dan pelakon Bollywood popular Akshay Kumar mengumumkan hari ini bahawa watak penting sebagai Mewa Singh akan dilakonkan oleh pendatang baru Vinay Virmani di dalam filem pertamanya 'Komagata Maru'.

Vinay adalah merupakan seorang graduan baru daripada Lee Strasberg Theatre And Film Institute Di New York.

Ceritanya berkisar Mewa Singh, seorang lelaki muda berketurunan Sikh, yang berang di atas ketidakadilan yang terpaksa dialami oleh dirinya dan rakan senegaranya, telah menembak mati William Charles Hopkinson dari jarak dekat.

Hopinkson adalah merupakan pengkomplot utama terhadap pembunuhan kumpulan pendatang yang sarat memenuhi sebuah kapal Komagata Maru.

Mewa Singh telah dijatuhkan dengan hukuman gantung sampai mati di atas perbuatannya itu. Beliau dianggap sebagai seorang wira dan seorang manusia yang sanggup mengorbankan nyawa kerana agama oleh rakyat India di seluruh pelusuk dunia yang memperingati kematiannya pada 11 Januari pada setiap tahun, tarikh bagi pelaksanaan hukuman mati beliau.

Hari ini dikenali sebagai Hari Mewa Singh, lelaki yang sanggup mengorbankan nyawa demi kebenaran.

"Lengkok watak Mewa Singh bermula sebagai seorang lelaki muda yang menyimpan pelbagai harapan dan impian suci, namun akhirnya bertukar menjadi seorang lelaki yang berang yang diubah oleh kegusaran dan yang berazam untuk menuntut keadilan.

"Saya mahukan muka baru untuk memegang peranan ini dan selepas membuat pertimbangan yang sewajarnya, saya telah memilih Vinay.

"Beliau adalah seorang yang berbakat besar, berminat dan penuh bersemangat. Sifat-sifat yang sangat penting bagi menjiwai watak Mewa Singh sebagai seorang lelaki muda," kata Deepa Mehta, seorang pengarah yang pernah dicalonkan untuk anugerah Oskar.

Akshay Kumar pula berkata, "Saya amat gembira kerana mempunyai khidmat Vinay sebagai sebahagian daripada barisan pelakon kami.

"Mewa Singh adalah satu watak yang penting di dalam filem itu. Sumbangan dan pengorbanan beliau adalah merupakan bukti sebenar di dalam perjuangan manusia untuk memperolehi kebebasan. Mewa Singh adalah merupakan di antara orang Sikh yang paling berani di waktu zaman beliau.

"Saya amat yakin Vinay akan dapat menjiwai semangat dan perjuangan manusia yang agung ini," katanya.

Bagi Vinay pula, "Ia sesungguhnya sesuatu yang mengujakan dan menggentarkan kerana diberi tanggungjawab yang begini berat untuk melakonkan seorang tokoh sejarah yang penting kepada masyarakat saya."

"Saya tidak sabar-sabar untuk mengambil bahagian di dalam filem yang menakjubkan ini," kata Vinay Virmani.

Komagata Maru adalah sebuah filem epik yang didasarkan kepada sebuah cerita benar yang mengelilingi pelayaran sebuah kapal Komagata Maru dari India ke Vancouver dengan 376 penumpang yang mencari satu kehidupan baru di sebuah negara lain.

Komagata Maru adalah sebuah produksi Kanada yang dihasilkan oleh Hamilton Mehta Productions Inc. dengan kerjasama produksi Akshay Kumar, Hariom Entertainment.

Filem ini berada di peringkat pra produksi pada masa ini dan akan memulakan produksi sepenuhnya pada September 2009.

Penggambaran filem itu akan dilakukan di beberapa lokasi di seluruh dunia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain