Gadis cantik dan kuasa misteri Sofea Zahra di Astro Ria - Hiburan | mStar

Gadis cantik dan kuasa misteri Sofea Zahra di Astro Ria

TIADA apa yang lebih bermakna apabila seseorang itu memiliki segala-galanya... cantik, kaya dan mempunyai keluarga yang penyayang meskipun daripada ibu dan kakak tiri!

Tetapi, mampukah segalanya-galanya itu bertahan?

Astro Ria sekali lagi mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri yang pasti akan menarik perhatian seisi keluarga berjudul Sofea Zahra yang akan menemui para penonton pada setiap hari Selasa, pukul 9 malam bermula pada 21 Oktober ini.

Drama bersiri 13 episod ini dibarisi oleh gabungan pelakon-pelakon baru dan lama seperti Sari Yanti, Diya Khalid, Tasha Aziz, Farish Aziz, Iqbal Mazlan, Amar Ibrahim, Ridhwan Hashim dan Wan Nor Azlin.

"Pada bulan Oktober ini, Astro Ria bakal mempersembahkan tiga buah drama bersiri baru yang pastinya akan membuat para penonton terus melekat di kaca tv anda pada setiap minggu. Selain Sofea Zahra, drama siri berjudul Awan Dania dan Renjis (musim kedua) juga akan menemui para penonton.

"Hiburan terus-menerus ini dirancakkan lagi dengan program Sehati Berdansa yang akan kembali untuk musim kedua.

"Kami akan sentiasa berusaha untuk menawan hati para pelanggan kami dengan mengutamakan satu daripada matlamat utama Astro iaitu untuk menjadi pilihan utama para penonton agar terus setia mengikuti program-program kami.

"Dan Sofea Zahra adalah salah satu usaha kami dalam meneruskan inisiatif ini. Melalui kisah Sofea Zahra, penonton bukan sahaja dapat mengikuti kisah Sofea yang melalui kehidupannya bersama ibu dan kakak tiri selepas kemalangan yang meragut nyawa bapanya, tetapi juga kisah Sofea dalam menangani tekanan hidup serta kisah suka-duka alam remajanya.

"Sikap Sofea yang cekal dapat dijadikan tauladan hidup bersama. Penonton pasti tidak mahu ketinggalan walau satu episod drama bersiri ini kerana ingin tahu akan kesudahannya," ujar Ketua Saluran Astro Ria, Khairul Mizan.

Sofea Zahra mengisahkan tentang Sofea (Sari Yanti) yang terpaksa bergantung kasih terhadap ibu tirinya; Datin Qistina (Tasha Aziz) dan kakak tirinya; Zahra (Diya Khalid) selepas kematian bapanya yang dipercayai akibat kemalangan jalan raya.

Nasib Sofea berubah selepas kematian bapanya apabila ibu tirinya telah memperlihatkan sikap angkuh dan tamak serta kemaruk untuk mengecapi kesenangan dan harta pusaka arwah suaminya. Ibu tirinya juga berusaha untuk merentap segala kemewahan yang diwarisi oleh Sofea.

Sementara menunggu keputusan SPM, Sofea telah mengambil keputusan untuk bekerja di kedai muzik dan memberinya peluang untuk berkenalan dengan Alfie (Iqbal Mazlan).

Zahra yang sentiasa mempunyai agenda tersendiri pula telah memikat Alfie dengan mengaburinya dengan personaliti palsunya. Di kedai muzik itu juga, Sofea kagum dengan sikap kasih-sayang yang ditunjukkan oleh pemilik kedai tersebut, Amar (Ridhwan Hashim) dan isterinya Rafidah (Wan Nor Azlin).

Di sebalik itu, Sofea juga memiliki kelebihan apabila dia dapat membaca fikiran seseorang melalui sentuhan. Satu anugerah istimewa baginya!

Apakah kesudahan hidup Sofea yang sering diperkecilkan oleh ibu dan kakak tirinya? Adakah sikap tamak akan terus menghantui hidup Datin Qistina? Adakah kelebihan yang ada pada diri Sofea dapat membantunya mengharungi cabaran hidup?

Jangan lupa saksikan drama bersiri hebat ini pada setiap hari Selasa, pukul 9 malam, bermula pada 21 Oktober 2008. Eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Artikel Sebelum

Bollywood tiada yang percuma

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain