suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak serasi bersama, anak Rossa larang ibu bapa kembali rujuk

Anak Rossa yakin ibu bapanya bahagia dengan hidup mereka kini.

SELEPAS bercerai pada 2009, penyanyi Datuk Seri Rossa masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya yang juga merupakan anggota kumpulan Padi, Yoyo. 

Keakraban kedua-duanya membuatkan ramai yang berharap mereka kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dan menjalani hidup lebih bahagia. 

Bagaimanapun Rossa, 47, mempunyai alasan tersendiri untuk tidak meneruskan hubungan dalam perkahwinan. 

Rossa dan Yoyo tetap menjaga hubungan baik. 

“Sejak anak kecil, saya dan suami sudah berpisah. Jadi dia mungkin dah biasa. Buat Rizky dia merasakan sentiasa ada bersama saya, jadi tak perlu rujuk. 

“Dia faham karakter saya seperti ini dan Yoyo seperti itu. Jadi baginya tak perlu rujuk kerana tidak serasi. 

“Kalau ada yang jodohkan kami untuk rujuk, ia tidak boleh. Rizky akan menentang,” katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa tak sengaja curi telefon pekerja salon, mengaku ada kleptomania 

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa lari hospital demi persembahan, komitmen bulanan cecah RM600,000

Tambah Rossa, keserasian bersama Yoyo menjadi lebih baik apabila mereka bersama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa. 

“Kami berdua adalah ibu bapa terbaik, bukan pasangan terbaik,” ujarnya. 

Untuk rekod Rossa mendirikan rumah tangga dengan Yoyo pada 18 Mac 2004 dan bercerai pada 14 Julai 2009.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Rizky Langit Ramadhan yang kini berusia 19 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain