suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kaya tapi tidak tenang... Shireen Sungkar cerita permulaan hijrah, anggap diri masih belum cukup sempurna

Shireen dedah kesibukan dalam industri mempengaruhi proses hijrahnya

PELAKON Shireen Sungkar berkata meskipun dia sudah berhijrah, namun dia masih merasakan dirinya belum cukup sempurna dan tetap seperti insan biasa.

Memandangkan dirinya masih dalam proses perubahan menjadi individu lebih baik, Shireen, 33, mengakui dia perlu berdepan dugaan dan cabaran.

"Kalau bertanya tentang perjalanan hijrah saya, hingga hari ini saya tidak mengaku sudah berubah. Masih dalam proses kerana sukar.

Shireen hanya insan biasa, tidak mahu digelar artis hijrah.

"Iman saya naik turun. Jadi, tidak bermakna saya adalah lebih baik daripada orang lain. Saya masih manusia biasa dan bukan orang alim," katanya.

Dalam pada itu, Shireen berkata kesibukannya dalam industri seni menyukarkan dia menunaikan kewajipan sebagai Muslim.

Gara-gara itu jiwanya berasa tidak tenang meskipun dikurniakan rezeki yang banyak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baru jumpa beberapa hari lalu... MasyaAllah!” - Shireen Sungkar sedih pemergian pengasas Dnars

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih tenang apabila berhijab, Kimberly Ryder sedang dalam proses menutup aurat

Disebabkan itulah dia terbuka hati untuk berhijrah dan mendekatkan diri dengan agama.

"Saya terlibat dalam dunia hiburan sejak berumur 14 tahun. Hidup saya cuma mengejar wang sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai Muslim.

"Sampai satu tahap, saya berasa tidak tenang walaupun mudah mencari wang pada masa itu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain