suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teruja usia masuk 31 tahun, Taylor Swift ada hadiah untuk peminat!

Taylor Swift tampil dengan album baharu, Evermore sempena meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-31.

SEMPENA ulang tahun kelahirannya yang ke-31, penyanyi Taylor Swift memberi kejutan buat peminat setianya apabila bakal mengeluarkan album terbaharu berjudul Evermore, minggu ini.

Beberapa bulan lalu, penyanyi itu baharu sahaja melancarkan album Folklore yang menampilkan lagu Cardigan sebagai single pengenalan untuk album tersebut.

Menerusi laman sosialnya, Taylor berkata ia merupakan hadiah buat peminatnya yang tidak putus memberikan sokongan di atas kerjaya seninya selama ini.

"Sejak berusia 13 tahun lagi saya dah teruja untuk capai usia 31 tahun. Ini kerana ia merupakan nombor kegemaran saya (13) yang telah diterbalikkan dan kali ini saya nak beri kejutan buat anda semua.

"Selama ini anda selalu menyokong apa yang saya buat dan untuk itu sempena meraikan ulang tahun kelahiran saya, saya rasa perlu hadiahkan anda sesuatu!

"Saya akan keluar dengan album studio yang kesembilan, ia berjudul Evermore," katanya.

Taylor dilahirkan pada 13 Disember 1989 di Pennysylvania, Amerika Syarikat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain