suria

Biarpun tersinggung jadi bahan jenaka Halloween, Melly Goeslaw tetap mendoakan kesembuhan Vidi Aldiano

Melly mohon penonton konsertnya mendoakan kesembuhan Vidi.

KOMPOSER dan penyanyi Indonesia Melly Goeslaw mengajak penonton yang hadir di konsertnya mendoakan kesihatan teman selebriti Vidi Aldiano yang baru sahaja menjalani pembedahan akibat penyakit kanser ginjal.

Biarpun pernah tersinggung dengan Vidi ketika penyanyi itu bersama rakan artis lain seperti Rossa dan Bunga Citra Lestari mentertawakan seorang jurusolek artis Bubah Alfian yang berhias meniru gaya Melly ketika parti Halloween baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini tidak lucu, saya bukan hantu!” - Melly Goeslaw berang jadi bahan jenaka selebriti di parti Halloween

ARTIKEL BERKAITAN: Kesal dijadikan jenaka Halloween, Melly Goeslaw 'unfollow' Bunga Citra Lestari dan Rossa

Vidi yang mengulang siar video yang dimuat naik seorang individu mengucapkan terima kasih kepada Melly dan terharu dengan keprihatinan komposer itu.

Penyanyi Vidi terharu sokongan Melly Goeslaw.

"Dapat kiriman video ini... terima kasih Melly Goeslaw. Aku terharu sekali, mohon doakan terus ya," ujarnya.

Menerusi video itu, Melly meminta penonton yang hadir pada konsertnya yang berlangsung pada Sabtu lalu agar mendoakan kesembuhan penyanyi lagu Status Palsu itu.

"Saya meminta doa yang teramat dalam, teman saya Vidi terkena kanser ginjal dan sudah menjalani pembedahan, sangat muda belia.

"Mudah-mudahan diberi kesembuhan yang cepat. Tiada yang tidak mungkin jika Allah mengkehendaki," ujarnya.

Melly bengang gaya ditiru jurusolek di parti Halloween.

Melly juga kelihatan tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib rakan seperjuangannya itu.

Sebelum ini, Melly Goeslaw tersinggung dengan beberapa selebriti iaitu Vidi Aldiano, Rossa dan Bunga Citra Lestari apabila mentertawakan seorang jurusolek yang menyerupai dirinya pada parti Halloween.

Melly bukan sahaja berang dengan kejadian itu malah bertindak berhenti mengikuti laman sosial semua selebriti yang sebelum ini menjadi teman baiknya.

SUMBER: LIPUTAN6

Melly Goeslaw

Artikel Lain