Bedak bercapuk Nicole Kidman di karpet merah jadi perhatian - Bintang Global | mStar

Bedak bercapuk Nicole Kidman di karpet merah jadi perhatian

Nicole Kidman tidak sedar mekap bercapuk sewaktu gambarnya diambil di karpet merah.

PELAKON sensasi Hollywood, Nicole Kidman mengalami kejadian memalukan apabila dia tidak sedar bedak di wajahnya tidak rata dan bercapuk sewaktu menghadiri Monte Carlo Gala di Monaco pada Khamis.

Nicole atau nama sebenarnya, Nicole Mary Kidman AC, 52, tetap sering dijemput menghadiri ke event red carpet meskipun umurnya sudah mencecah 50-an.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa Mahu Beli Rumah Nicole Kidman, Keith Urban?

Kejadian tersebut berlaku apabila jurusolek artis terlupa untuk memadamkan bedak atau teknik baking yang dioles pada wajah Nicole.

Nicole menjadi lebih popular susulan kejadian mekapnya bercapuk.

Walaupun solekan yang dikenakan pada Nicole nampak kemas, tetapi kesan tidak rata bedak putih kelihatan di sekitar bahagian hidung dan dahi semasa gambarnya diambil oleh jurukamera di karpet merah.

Ternyata ini bukan kali pertama heroin filem Aquaman dimalukan kerana kecacatan solekan pada wajah, malah dia lebih dikenali melalui tragedi yang memalukan seperti itu.

Terdahulu pelakon tersebut pernah terlibat dengan kejadian yang sama ketika menghadiri acara premier filem NINE pada tahun 2009.

Nicole Kidman , mekap , bercapuk

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain