Berdarah kacukan, tampan, pencinta kucing... 7 perkara menarik mengenai Sunny Suwanmethanont! - Bintang Global | mStar

Berdarah kacukan, tampan, pencinta kucing... 7 perkara menarik mengenai Sunny Suwanmethanont!

Katampanan wajah Sunny Suwanmethanont membuatkan dia menjadi kegilaan ramai wanita.

MEMULAKAN karier lakonan sejak tahun 2005, nama aktor Sunny Suwanmethanont mula mendapat tempat di hati peminat Malaysia menerusi filem Brother Of The Year pada tahun 2018.

Tahun ini, Sunny kembali menjadi sebutan ramai apabila drama berjudul My Ambulance yang ditayangkan secara eksklusif di platform Dimsum mendapat sambutan hebat penonton.

Sebelum itu, ayuh kita semak tujuh perkara menarik mengenai hero tampan berasal dari Thailand ini!

ARTIKEL BERKAITAN: Sunny Suwanmethanont, Mai Davika bersatu dalam ‘My Ambulance’



1. Sunny Suwanmethanont mempunyai darah kacukan dari Thailand, Perancis dan Singapura. Jadi tak hairanlah jika dia memiliki rupa paras yang kacak dan tampan sehingga membuatkan ramai gadis-gadis tak keruan ketika menatap wajahnya.

2. Ramai yang tidak mengetahui jejaka ini sudah berusia 38 tahun. Dikurniakan wajah awet muda menyebabkan ada sesetengah peminat yang baru mengenali Sunny menyangka dia merupakan seorang pelajar lepasan kolej. Wow! Apa agaknya rahsia Sunny kelihatan awet muda ya?

3. Selain bergelar pelakon, Sunny juga bergiat aktif dalam bidang peragaan. Memiliki wajah yang kacak dengan ketinggian ideal, dia sering menerima tawaran menjadi model untuk pakaian dan iklan komersial. 

Dia turut dilantik menjadi duta untuk beberapa produk terkenal antarabangsa. Kepercayaan yang diberi itu membuktikan bahawa nama Sunny cukup dikenali di negara kelahirannya itu.

4. Pembabitannya dalam bidang seni bukan bersandarkan pada rupa paras yang kacak semata-mata, ia turut hadir dengan bakat lakonan yang mantap.

Buktinya, Sunny tercalon dalam pelbagai kategori anugerah di Thailand dan pernah merangkul anugerah pelakon lelaki terbaik.

Pada tahun 2018, Sunny memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem di Siam Dara Star Awards menerusi lakonan hebatnya dalam filem Brother Of The Year.

Malah pada tahun 2016, menerusi filem Heart Attack, dia merangkul gelaran pelakon terbaik dalam dua anugerah berbeza. Hebat kan?

5. Wajah Sunny Suwanmethanont turut disamakan dengan penyanyi popular berasal dari Amerika Syarikat iaitu John Mayer.

Ada peminat menyenaraikan beberapa persamaan di antara mereka berdua antaranya ketinggian, postur tubuh, bentuk wajah dan gaya rambut! Apa pendapat anda... sama atau tidak?

6.  Sunny Suwanmethanont memiliki 3.3 juta pengikut di laman Instagram. Dia kerap berkongsi aktiviti harian bersama peminat dan antara yang mencuri perhatian ialah kucing comel kesayangannya bernama Manoch. Cuba korang tengok, comel sangat tau!

7. Pelakon ini bakal membuat kemunculan istimewa di Konsert Dimsum Thai Pop 2019 yang akan berlangsung di Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC) pada 10 November depan. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu hero kesayangan anda ini ya!

Sunny Suwanmethanont , dimsum

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain