suria

Topi Darth Vader, surat tulisan Bruce Lee antara khazanah Hollywood cecah RM42 juta bakal dilelong

Darth Vader antara khazanah Hollywood yang bakal dilelong di Los Angeles.

SEMESTINYA peminat filem dan pengumpul memorabilia tidak sabar kerana beberapa item seperti koleksi bersejarah prop dan pakaian dari zaman kegemilangan Hollywood akan dilelongkan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Umum mengetahui lelongan memorabilia jarang dilakukan di Hollywood, namun Profiles in History  dan Legends of Hollywood Auction menawarkan pelbagai jenis barangan dengan kualiti tersendiri.

Misalnya topi keledar yang dipakai watak jahat Darth Vader dalam siri Star Wars 'The Empire Strikers Back' antara koleksi khazanah berharga Hollywood yang tersenarai dalam lelongan itu pada harga dianggarkan mencecah sehingga AS$250,000 (RM1.1 juta) dan AS$500,000 (RM2.1 juta).

Barangan berharga lain termasuk gaun yang dipakai Dorothy Gale menerusi filem klasik ‘The Wizard of Oz’ 1939, dan yang dijangka menarik perhatian dan boleh mencecah hampir AS$1.5 juta (RM6.2juta).

Ini merupakan lelongan Icons and Legends of Hollywood’ yang terbesar dalam sejarah dan dianggarkan dapat meraih kira-kira AS$10 juta (RM42 juta).

DeLorean DMC-12 dari filem Back to the Future III.

Selain itu, lelongan kali ini turut menyenaraikan kereta seperti DeLorean dari Back to the Future III dan moon buggy yang dipandu oleh James Bond ketika watak itu disandang Sean Connery menerusi filem Diamonds Are Forever.

Disamping itu, ikonik kapal angkasa alien 'world destroyer' dilancarkan ke atas White House pada Hari Kemerdekaan dianggarkan kira-kira AS$30,000 (RM125,600).

Kapal angkasa tersebut merupakan pemusnah dunia kedua di blok itu, Gort yang merupakan robot pertama yang menghancurkan Bumi menerusi filem The Day the Earth Stood Still pada 1951.

Barangan istimewa yang lain termasuk artifak unik yang digunakan sepanjang karier legenda seni mempertahankan diri, Bruce Lee dari Hong Kong seperti double-ended punching bag yang digunakannya untuk berlatih dan kung fu gi yang dipakai Lee di dalam filem Enter the Dragon.

Pakaian kung fu gi yang dipakai Lee di dalam filem Enter the Dragon.

Malah surat hasil tulisan tangan oleh Lee untuk dirnya bertajuk 'My Definite Chief Aim' merupakan salah satu koleksi khazanah berharga.

Menariknya, dokumen itu menceritakan matlamat peribadi Lee yang ditulis empat tahun sebelum kematiannya.

"Saya, Bruce Lee akan menjadi bintang terkenal berbayar tertinggi oriental pertama di Amerika Syarikat. Sebagai balasan saya akan memberikan persembahan yang paling menarik dan menjanjikan kualiti yang terbaik sebagai seorang pelakon.

"Bermula 1970, saya mula mencapai kejayaan dalam bidang ini dan sejak saat itu hingga akhir tahun 1980 saya meraih kira-kira $10,000,000 (RM42 juta). Saya akan menjalani kehidupan yang saya kehendaki dan mencapai keharmonian dalaman dan kebahagiaan," tulisnya menerusi surat tersebut.

Disebabkan ini merupakan memorabilia peribadi dan unik, terutama ianya dari Lee yang terkenal dengan sikap misterius. Ia dijangka mencecah AS$ 80,000 (RM335,200).

Acara lelongan terbesar di Hollywood ini diasaskan pada 1985 oleh Joseph Maddalena dan ia akan dijalankan secara langsung dan dalam talian minggu ini.

Darth Vader, khazanah, lelongan

Artikel Lain