suria

Army beri hadiah luar biasa, hantar nama Taehyung dan anjing kesayangan ke planet Marikh!

Nama Taehyung dan anjing peliharannya bakal terbang ke Marikh.

UMUM tahu peminat selebriti Korea Selatan sanggup berhabisan wang ringgit demi memberi sokongan kepada idola mereka.

Terbaru, peminat salah seorang ahli kumpulan BTS iaitu V ataupun Kim Taehyung memutuskan untuk menghadiahkan penyanyi tersebut hadiah yang luar biasa.

Seorang peminat ataupun dikenali sebagai Army melalui akaun Twitter memberitahu dia menempah nama Kim Taehyung untuk dihantar ke planet Marikh melalui misi Marikh 2020 yang dilakukan NASA.

ARMY beri hadiah istimewa untuk Thaeyung.

Lebih menarik, seorang lagi peminat juga menempah tiket atas nama anjing peliharaan Taehyung yang diberi nama Tannie.

Misi Marikh 2020 dijangka akan dilancarkan pada Julai 2020 di Cape Canveral, Florida.

Untuk rekod, beberapa lagi nama selebriti terkenal seperti Jungkook dan Park Jimin pernah 'terbang' dalam misi yang sama pada Mei lalu.

bts, taehyung

Artikel Lain