suria

Majlis perkahwinan Kang Yoo Mi diadakan secara tertutup

Kang Yoo Mi kongsi gambar perkahwinannya.

PELAWAK Kang Yoo Mi mengumumkan sudah berkahwin dengan kekasihnya yang bukan dalam kalangan selebriti pada Sabtu.

Menurut laporan Soompi, majlis perkahwinan pasangan itu diadakan secara tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat di Han River, Seoul.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan dua rakan baiknya, Ahn Young Mi dan Kwong Hyuk.

Antara selebriti yang hadiri iaitu Jung Jong Chul, Song Jun Geun, Yoo Sang Moo, Kim Soo Yong, Yoon Taek dan Kim Ji Ho.

Kang Yoo Mi pertama kali bertemu suaminya menerusi 'Blind Date' dan mula terbuka untuk berkongsi mengenai hubungan cintanya pada April lalu.

Kang Yoo Mi

Artikel Lain