Setelah bercerai... Song Hye Kyo pindah vila mewah, Song Joong Ki tinggal bersama keluarga - Bintang Global | mStar

Setelah bercerai... Song Hye Kyo pindah vila mewah, Song Joong Ki tinggal bersama keluarga

Pasangan ini berpindah setelah berpisah dan bawa haluan masing-masing. Foto: Allkpop

BANGLO mewah yang dibeli pelakon Song Joong Ki sebelum berkahwin dengan Song Hye Kyo masih tidak berpenghuni dan belum terjual.

Menurut laporan Allkpop, Song Hye Kyo kini sudah berpindah ke sebuah vila mewah yang terletak di kawasan elit di ibu negara Korea Selatan.

Sumber memaklumkan dia baru sahaja menetap di kediaman tersebut.

Pasangan ini menjual banglo mewah yang dibeli mereka sebelum berkahwin.

Sementara itu, Song Joong Ki pula memilih untuk tinggal bersama keluarganya selepas perceraian tersebut.

Bagaimanapun, ketika ditemubual media, Soong Joong Ki enggan mengulas lanjut mengenai hal berkaitan peribadi.

Pada 26 Jun lalu, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bercerai setelah hampir dua tahun berkahwin.

SUMBER: Allkpop

Song Hye Kyo , Song Joong Ki

Artikel Lain

Luiz dedah punca pindah ke Arsenal