suria

Salman, Aamir dan Shah Rukh Khan antara selebriti yang mampu kekalkan populariti

Salman dan Shah Rukh Khan antara selebriti yang mampu kekalkan populariti lama. Foto: Filmfare.

PELAKON Salman Khan memberitahu bukan mudah untuk seseorang selebriti itu untuk mengekalkan populariti dalam jangka masa yang lama.

Menurut Salman Khan, hanya dia, Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Akshay Kumar dan Ajay Devgn yang mampu bertahan lama dalam industri seni.

"Populariti akan berakhir. Ia adalah tugas yang besar untuk kekal lama dalam industri.

"Saya rasa, Shah Rukh Khan, Aamir, Akki dan Ajay... Hanya kami sahaja yang mampu bertahan lama.

"Kami sentiasa lakukan yang terbaik untuk mengekalkannya untuk beberapa tahun lagi," kata Salman Khan ketika sesi temu bual bersama Filmfare.

Sumber - hindustantimes.com

Artikel Lain