suria

Status putus cinta Britney Spears untuk Justin Timberlake atau Sam Asghari?

Britney pernah menjalinkan hubungan dengan Justin Temberlake tahun 1999.

PENYANYI Britney Spears dikatakan memuat naik status di laman Instagram mengenang hubungan cinta lalu bersama Justin Timberlake.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, penyanyi lagu Baby One More Time itu berkongsi status mengatakan tentang hubungan yang sudah berakhir.

"Kehidupan kita mungkin berbeza tapi oh adakah jiwa kita tahu bagaimana untuk menari?" tulis Britney.

Ada netizen beranggapan hubungan Britney dengan Sam sudah berakhir.

Rata-rata netizen membuat andaian status tersebut sememangnya ditujukan khas buat bekas kekasihnya itu.

Bagaimanapun, ada juga segelintir yang beranggapan ia mengenai hubungan Britney dengan kekasihnya, Sam Asghari yang terjalin sejak 2016 itu sudah berakhir.

Britney dan Justin sebelum ini menjalinkan hubungan cinta pada 1999 hingga 2002 selepas bekerjasama menerusi The All New Mickey Mouse Club.

Artikel Lain