suria

Joe Jonas dan Sophie Turner sebak ketika baca ikrar perkahwinan

Joe dan Sophie mengadakan majlis perkahwinannya kali kedua pada Sabtu lalu.

PASANGAN selebriti Joe Jonas dan Sophie Turner tidak dapat menahan air mata ketika membaca ikrar perkahwinan di majlis yang diadakan pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu semua tetamu yang hadir pada majlis tersebut turut gembira melihat pasangan itu.

"Joe dan Sophie menangis ketika membaca ikrar perkahwinan mereka. Semua orang yang hadir turut bersorak kegembiraan melihat pasangan itu.

Joe dan Sophie kelihatan gembira di majlis perkahwinannya. Foto: People.

"Ia merupakan sebuah majlis yang penuh emosi," kata sumber terdekat.

Antara selebriti yang turut memeriahkan majlis tersebut iaitu Priyanka Chopra, Nick Jonas, Maisie Williams dan Ashley Graham.

Joe dan Sophie sebelum ini berkahwin pada 1 Mei lalu di Las Vegas selepas lima bulan adiknya, Nick melangsungkan perkahwinan dengan Priyanka.

Artikel Lain