suria

Datuk Bandar Jepun tegur Kim Kardashian guna nama Kimono sebagai jenama baju dalam

Kim Kardashian bikin kontroversi apabila jenama baju dalam miliknya menggunakan nama Kimono. Foto: Tribunnews

BINTANG sensasi Kim Kardashian mencipta kontroversi dan kembali hangat diperkatakan apabila jenama pakaian dalam terbaharu miliknya didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat Jepun.

Menurut portal Independent, seorang wakil rakyat Jepun telah mengeluarkan kenyataan menggesa Kim menimbang semula nama untuk jenama tersebut kerana Kimono merupakan nama pakaian tradisi mereka.

Tindakan Kim menggunakan nama tersebut untuk jenama pakaian dalam wanita hanya akan menimbulkan rasa kurang senang orang Jepun kerana tidak sensitif dengan sejarah dan tradisi mereka.

Surat terbuka ditulis Datuk Bandar Kyoto.

Terbaharu, Datuk Bandar Kyoto iaitu Daisaku Kadokawa telah menulis surat kepada Kim Kardashian dan menjelaskan bahawa Kimono itu merupakan satu perlambangan terbesar budaya dan nilai-nilai Jepun yang harus dihormati.

Justeru itu, adalah tidak wajar dan kurang sesuai jika Kimono yang merupakan pakaian tradisi seluruh masyarakat Jepun dijadikan satu nama untuk baju dalam wanita.

SUMBER: Independent

Kim Kardashian

Artikel Lain