suria

Tom Cruise mungkin jadi paderi jika bukan pelakon, ini antara kehidupan masa lampau selebriti yang tidak diketahui ramai

Kehidupan masa lampau selebriti yang tidak diketahui ramai.

KEHIDUPAN penuh glamor, mewah dan popular selalu digambarkan kepada golongan selebriti Hollywood.

Namun siapa sangka barisan selebriti ini pernah memiliki kehidupan lampau yang mungkin tidak diketahui umum.

1. Rihanna


Rihanna pernah menyertai program ketenteraan.

Siapa sangka penyanyi kelahiran Barbados ini pernah menyertai program ketenteraan sewaktu masih remaja.

Biarpun tidak meneruskan kerjaya itu, sifat ketenteraannya turut dipamerkan dengan cemerlang sewaktu dia memegang watak sebagai askar dalam filem Battlefield suatu ketika dahulu.

Rihanna mula mencipta nama menerusi lagu Unfaithful dan Umbrella serta dikenali dengan imej fesyen yang cukup berani.

Dia sebelum ini pernah menggemparkan industri apabila menjadi mangsa keganasan domestik setelah dipukul bekas teman lelakinya, penyanyi Chris Brown.

2. Katy Perry


Katy Perry membesar dalam persekitaran yang konservatif dan taat terhadap agama.

Sebelum mencipta nama sebagai penyanyi profesional menerusi single I kissed A Girl, Katy Perry pernah menjadi penyanyi koir di gereja suatu masa dahulu.

Juri American Idol musim terbaharu ini juga membesar dalam persekitaran yang konservatif yang mana keluarganya cukup tegas dan taat terhadap agama.

Malah, ibu bapanya tidak membenarkan penggunaan perkataan-perkataan yang negatif seperti 'syaitan' dalam kalangan mereka.

Pada usia 17 tahun, Katy mendapat kebebasan setelah dia berpindah ke Los Angeles.

Pada waktu itu, Katy hidup dalam serba kekurangan sebelum bernaung di bawah syarikat rakaman Capitol Records dan mencipta nama sebagai penyanyi.

Kini dia merupakan antara bintang pop paling berjaya di dunia sebaris dengan Rihanna, Lady Gaga dan Madonna.

Dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelawak Russel Brand.

3. Rebel Wilson


Rebel pernah dijangkiti wabak malaria.

Popular menerusi filem Pitch Perfect, Rebel Wilson atau lebih dikenali sebagai Fat Amy mempunyai kisah lampau yang mungkin tidak diketahui ramai.

Sewaktu menjalani kerja-kerja kemanusiaan di Afrika Selatan, dia pernah dijangkiti wabak malaria.

Dia terpaksa mengambil sejenis dadah dalam usaha pemulihan itu sebelum mengalami kesan halusinasi.

Bertitik tolak di situ, dia mendapat ilham untuk mencuba nasib sebagai pelakon.

Kini, dia menjadi antara pelakon terkenal di Hollywood yang cukup disukai kerana personalitinya yang suka berjenaka.

Selain Pitch Perfect, dia turut membintangi filem komedi romantik, Isn't It Romantic yang ditayangkan menerusi platform Netflix.

4. Tom Cruise


Tom Cruise pernah berhasrat untuk menjadi paderi.

Jika tidak menjadi pelakon, Tom Cruise mungkin menjadi seorang paderi ketika ini.

Pelakon kacak yang popular menerusi filem Mission Impossible, Tom Cruise mendedahkan dia hampir memulakan kerjaya sebagai paderi di sebuah gereja sewaktu remaja.

Namun suatu peristiwa telah terjadi di mana rakannya baiknya ketika itu membuat keputusan untuk mencuri minuman beralkohol sekaligus mengubah niatnya untuk menjadi paderi.

Cruise akhirnya menjadi bintang filem selepas membuat kemunculan pertama pada filem berjudul Endless Love.

5. JK Rowling


J.K Rowling pernah menerima bantuan kebajikan kerajaan.

Pada tahun 1994, J.K. Rowling bukan sahaja memegang status janda tetapi terpaksa meneruskan kehidupan bersama anaknya dengan bantuan kebajikan kerajaan.

Situasi itu berlaku tiga tahun sebelum buku tulisannya iaitu Harry Potter and The Philosopher’s Stone diterbitkan dan menjadi fenomena di seluruh dunia.

Ketika menulis buku itu, Rowling bukan sahaja tidak mampu membeli sebuah komputer tetapi tiada modal untuk mencetak novel berkenaan sehingga terpaksa menulis 90,000 patah perkataan secara manual untuk dihantar ke syarikat penerbitan.

Lebih malang ia langsung tidak diterima sehinggalah sebuah syarikat penerbitan kecil di London, Bloomsbury bersetuju menerbitkan buku itu selepas anak perempuan kepada pemilik syarikat berkenaan ‘jatuh hati’ dengan cerita yang ditulisnya.

Rihanna, Katy Perry, Tom Cruise

Artikel Lain